Shah Alam - Persoalan sama ada BN mampu mengekalkan kuasa di Terengganu menimbulkan persoalan apabila memiliki 14 kerusi Dun berbanding 17 sebelum ini selepas tiga Adunnya mengumumkan keluar dari parti awal hari ini.
Pengumuman itu sekaligus, menjadikan kedudukan PR mendahului di negeri itu dengan 15 kerusi Dun.
Konflik timbul berikutan tindakan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.
Kemudian Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengesahkan beliau turut keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.
Mengenai keputusan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas, Ahmad dilaporkan berkata, beliau telah memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.
"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.
"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya seperti dilaporkan sebuah portal web.
Sementara itu, menurut sumber, ekoran konflik yang melanda negeri Darul Iman ini, Pas Terengganu turut dilaporkan akan mengadakan satu mesyuarat khas pagi ini.
0 comments:
Post a Comment