Pelakon komedi, Aliza Abdullah mendedahkan yang dia kini sedang menderita sakit kanser usus tahap dua.
Menurut portal hiburan OhBulan, pelakon yang mula dikenali menerusi watak Enot ini kelihatan kurang sihat ketika menghadiri Sidang Media Mega Bazar, KL Life Centre, Rabu lepas.
Enot kemudiannya mendedahkan kepada media mengenai penyakit yang sedang dihadapinya.
“Pada mulanya memang saya ada rasa sakit tetapi saya biarkan saja hinggalah berlaku pendarahan ketika buang air besar. Kemudian saya ada berjumpa doktor dan disahkan mengidap kanser usus.
“Buat masa sekarang, saya masih mendapatkan nasihat doktor tetapi saya mengamalkan ubat-ubatan kampung seperti daun Belalai Gajah selain itu saya ada makan produk jenama ABP26 daripada Didie Alias” katanya.
Enot turut mengakui yang dia tidak menerima tawaran berlakon semenjak setahun yang lalu dan kini hanya bergantung kepada jualan biskut yang dibuat.
kpd Admin,
Sekiranya Enot mencuba rawatan alternatif. hubungi saya melalui email add ni. insyaAllah