Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 26, 2014

CETAK GAMBAR PILIHAN PADA KASUT ADIDAS




PEMILIHAN kasut boleh dikatakan antara perkara yang agak mengambil masa, tetapi bagaimana jika anda diberi pilihan untuk cetak gambar pilihan pada kasut anda?

Perkara ini ingin direalisasikan oleh pengeluar kasut, Adidas melalui tawaran terbaharu mereka.

Melalui akaun Instagram Adidas, mereka mempromosikan sebuah video ringkas, yang memperlihatkan mereka akan hadir dengan sebuah aplikasi khas untuk Android dan iPhone, dengan pengguna boleh melihat gambar pilihan mereka dicetak pada kasut Adidas ZX Flux.

Buat masa ini, proses keseluruhan daripada rakaman gambar ke percetakan di atas kasut masih tidak diketahui sepenuhnya, dan dijangka akan dikongsi Adidas bersama-sama pelancaran aplikasi tersebut pada Ogos kelak.

Selain proses cetakan, satu lagi perkara menjadi tanda tanya ialah negara mana yang akan disokong oleh Adidas untuk produk baharu ini, di samping kosnya.

0 comments:

share2