Kuala Lumpur 5 Mei - Keadaan pelakon veteran, Datuk Aziz Satar, 89, dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke Hospital Kajang kira-kira pukul 10 malam tadi.
Menurut anak bongsunya, Sandakiah, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan akibat sakit jantung.
"Biarpun stabil, namun ayah masih lagi dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) hospital itu," katanya.
Beliau turut meminta agar orang ramai mendoakan supaya seniman itu segera sembuh.
0 comments:
Post a Comment