Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 22, 2014

WANITA 'TIDUR' DI KUBUR CINA


Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Melaka Tengah, Deputi Superintendan Gan Chip Toh (kiri) bersama pegawai penyiasat polis membuat siasatan di lokasi mayat wanita berkenaan ditemui, semalam.


Batu Berendam - Seorang wanita berpakaian baju tidur ditemui mati dalam keadaan tertiarap dalam keadaaan mulut berbuih di Tanah Perkuburan Cina Jelutong, Sungai Putat, di sini semalam.

Wanita berusia lingkungan 30-an yang terdapat kesan lebam di beberapa anggota badan itu ditemui seorang pemotong rumput, A Kulanthai, 61, dan anak perempuannya, K Kistina Kuyil, 17, kira-kira jam 2.45 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Abu Bakar berkata, mayat tanpa identiti itu ditemui di hadapan salah satu kubur di kawasan terbabit.

“Mangsa yang berambut pendek itu dan memakai baju tidur ditemui dengan kesan lebam pada muka, leher dan lengan itu oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis.

“Siasatan awal mangsa tidak memakai kasut dan tiada kesan suntikan BCG berkemungkinan warga asing,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Razali, kes yang diklafikasikan sebagai mati mengejut hanya akan mengetahui punca kematian selepas bedah siasat di Hospital Melaka.

Sementara itu, Kulanthai berkata, sebelum kejadian dia sepatutnya bertugas memotong rumput di kawasan perkuburan Kristian berhampiran namun terlihat mangsa ketika melalui kawasan berkenaan menaiki kereta.

“Saya ditemani anak mahu pergi memotong rumput di kawasan kubur Kristian namun mengambil keputusan pulang apabila orang yang patut temui untuk urusan kerja berkenaan tiada di situ.

“Saya melalui kawasan ini dan tiba-tiba ternampak seorang perempuan keadaan tertiarap di hadapan salah sebuah kubur. Saya memanggilnya namun tidak berjawab sebelum menggerakkan kakinya tetapi tiada respon,” katanya.

Menurut Kulanthai, dia kemudian menghubungi polis selepas mendapatkan nombor telefon daripada kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang menjalankan tugas di kawasan berhampiran.

0 comments:

share2