Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 4, 2014

UMAT ISLAM DINASIHAT ELAK SERTAI PARTI SONGKHRAN




Kangar - Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya menasihati umat Islam di negeri itu agar tidak menyertai Pesta Songkhran.

Ini kerana katanya pesta itu mempunyai unsur-unsur agama selain Islam. 

"Jika dilihat Pesta Songkran jelas merupakan majlis keagamaan apabila dalam majlis tersebut diadakan upacara mandi patung Buddha dan kemudian mengagihkan air mandian tersebut kepada orang lain untuk mendapat berkat, ternyata ini merupakan pesta keagamaan," katanya kepada pemberita, di sini semalam. 

Bernama difahamkan Perlis akan mengadakan sambutan Pesta Songkran di Kuala Perlis Sabtu ini yang merupakan antara acara dalam kalendar pelancongan negeri. 

Songkhran atau pesta air lazimnya dirai oleh masyarakat Siam di negara ini.

0 comments:

share2