Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 4, 2014

PAHANG ADAKAN SELAWAT PERDANA 24 APRIL



KUANTAN - Pahang akan mengadakan program Selawat Perdana yang akan diadakan pada 24 April depan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata kerajaan negeri bersetuju mengadakan program itu setelah mendapat permintaan orang ramai.

Katanya program itu akan menampilkan dua tokoh agama terkenal nusantara, Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

"Kita menjangkakan kehadiran lebih 50,000 orang pada malam itu yang diadakan selepas solat Isyak di samping ceramah agama," katanya kepada pemberita selepas merasmipan program Wacana Pemikiran Islam: Perubahan dan Cabaran Pelajar-Pelajar Melayu di sini, semalam.

Beliau berkata beberapa jalan seperti Jalan Mahkota dan Jalan Bukit Ubi yang berdekatan dengan lokasi akan ditutup bermula pukul 6 petang hingga 11 malam bagi mengelak berlaku kesesakan.

Sementara itu katanya, Pahang akan menjadi tuan rumah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 13 hingga 17 Mei depan.

Katanya, penganjuran buat kali ke-57 itu akan diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan. - Bernama

0 comments:

share2