Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 8, 2014

RUMAH BAHARU HANGUS TERBAKAR




Jengka - Seorang ibu tunggal tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya yang baharu siap dibina dengan pinjaman RM40,000 daripada Felda hangus dalam kebakaran di Felda Ulu Jempol, kira-kira jam 4.15 petang, semalam.

Mangsa, Yah Long, 71, berkata, dia tinggal sendirian di rumah itu namun anak kelimanya tinggal bersebelahan di rumah berasingan dalam tapak tanah sama.

Menurutnya, kebakaran yang berlaku disedari seorang cucu perempuan berusia 17 tahun yang sedang makan apabila ternampak asap tebal melalui cermin tingkap bertentangan rumahnya.

“Hari ini (semalam), anak sulung mak cik yang tinggal di Jengka 18 ada datang ziarah dan mahu bawa balik daun keledek untuk beri arnab makan.

“Masa kejadian, mak cik tengah kutip daun keledek itu di belakang rumah dan tiba-tiba dengar cucu dan anak sulung menjerit memanggil makcik.

“Sebaik toleh ke arah rumah untuk menyahut panggilan itu, mak cik tergamam melihat api sudah besar sebelum berlari ke rumah anak kerana takut,” katanya ketika menerima kunjungan ziarah Adun Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamduddin, di sini.

Yah berkata, sebelum keluar rumah untuk mengutip daun keledek, dia terdengar bunyi seperti fius elektrik meletup.

Menurutnya, dia meminta anaknya periksa bunyi berkenaan namun tidak mengesyaki apa-apa perubahan.

“Rumah ini saya bina dahulu dengan kos RM30,000 sebelum memohon pinjaman sebanyak RM40,00 daripada Felda sebagai tambahan.

“Tahun lepas baru siap malah bayaran semula pinjaman belum pernah dibayar lagi,” katanya.

0 comments:

share2