Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 7, 2014

LIVERPOOL RAMPAS TAKHTA, ARSENAL TUMBANG 3-0




London - Liverpool kembali merampas teraju Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan West Ham 2-1 di Boleyn Ground, malam tadi.

Dua sepakan penalti ketua pasukan, Steven Gerrard pada minit ke-44 dan 71 memastikan kemenangan Reds, manakala gol tunggal West Ham dijaringkan oleh Guy Demel pada minit ke-45.

Dalam perlawanan terdahulu, kedudukan Arsenal untuk memburu tiket ke Liga Juara-juara musim depan terancam selepas tumbang 3-0 kepada Everton di Goodison Park.

Ketiga-tiga gol Everton dihasilkan oleh Steven Naismith, Romelu Lukaku dan jaringan sendiri pemain Arsenal, Mikel Arteta.

0 comments:

share2