Kuantan - Jabatan Penerangan Pahang akan menjadi penyelaras untuk mewujudkan laman sosial rasmi bagi setiap Komuniti 1Malaysia (KIM) yang terdapat di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata di Pahang ketika ini terdapat 101 KIM dengan 40 anggota jawatankuasa.
"Sebelum ini kebanyakan perkongsian dan penyebaran maklumat melalui KIM ini banyak dilakukan melalui anjuran program dan risalah yang dibuat.
"Namun, dengan adanya platfom baharu ini, segala aktiviti serta maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program pemantapan pengurusan Komuniti 1Malaysia peringkat Pahang yang dihadiri lebih 400 anggota jawatankuasa (KIM) dari seluruh negeri.
0 comments:
Post a Comment