Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 15, 2014

JAJ SIASAT LAPORAN AZAN GANGGU TIDUR



Johor Bahru: Jabatan Agama Johor (JAJ) akan menyiasat berhubung tindakan seorang lelaki Melayu membuat laporan polis mendakwa bacaan tahrim dan laungan azan Subuh mengganggu tidurnya yang tersebar dalam laman sosial Facebook. 

Salinan laporan polis yang tersebar sejak kelmarin antaranya mendakwa pada jam 5.45 pagi pada 8 April lalu, ketika sedang tidur di rumahnya di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang, lelaki itu terjaga akibat bacaan tahrim dan laungan azan yang kuat. 

Lelaki berusia 56 tahun dan bekerja di kilang mendakwa bunyi pembesar suara daripada masjid di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang itu terlalu kuat sehingga dia tidak selesa dan terganggu. 


Arah kadi jalankan siasatan 

Dia juga mendakwa sudah melaporkan perkara itu kepada Pejabat Agama Islam Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), selain berjumpa dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan sebelum membuat laporan polis. 

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut, mengakui JAJ sudah menerima laporan daripada lelaki terbabit dan pihaknya sudah mengarahkan kadi untuk menjalankan siasatan. 

“Memang kita ada terima laporan. Bagaimanapun kita bersangka baik dan menunggu hasil laporan daripada JAJ untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

0 comments:

share2