Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 15, 2014

IBU SIMPAN MAYAT 7 BAYI



Utah: Seorang wanita ditahan selepas mayat tujuh bayi ditemui di rumahnya, hujung minggu lalu.

Megan Huntsman, 39, ditahan atas tuduhan bunuh selepas pihak polis menyiasat aduan bahawa ada mayat bayi baru lahir di rumah berkenaan. 

“Waran tangkap diperoleh untuk membolehkan pemeriksaan dilakukan dan polis menemui enam lagi mayat yang disimpan dalam kotak kadbod berasingan,” kata kenyataan polis. 

Hasil siasatan menunjukkan Megan melahirkan dan membunuh setiap bayi itu dalam tempoh 10 tahun lalu.

Menurut akhbar Salt Lake Tribune, bekas suami Megan yang juga dipercayai bapa semua bayi berkenaan yang menghubungi polis.

Tiga anak perempuan mereka berusia antara 13 hingga 20 tahun masih tinggal di rumah berkenaan yang dimiliki ibu bapa bekas suami Megan itu. 

Menurut seorang jiran, bekas suami Megan menemui mayat berkenaan ketika sedang mengemas garaj rumah itu Sabtu lalu kerana bercadang berpindah semula ke situ.

0 comments:

share2