Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 3, 2014

ISU AKIDAH PERLU PERHATIAN SERIUS

Sandakan – Isu akidah umat Islam yang berpegang pada ajaran Ahli Sunnah Waljamaah di negara ini perlu diambil perhatian serius.

Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata perhatian tersebut termasuklah dengan mengadakan program dan seminar bagi menerangkan konsep akidah yang benar berlandaskan Islam kepada masyarakat secara berkala.

Katanya isu akidah yang tidak dibendung dengan segera dikhuatiri akan menjadi titik perbalahan seterusnya menjadi faktor perpecahan umat Islam.

"Isu akidah ini sangat releven jika mahu dibincangkan dari semasa ke semasa kerana tidak dinafikan semakin banyak ancaman luar yang berpotensi merosakkan akidah umat Islam seperti kemasukan ajaran sesat.

“Jika dahulu negara kita dikejutkan dengan penularan al-Arqam, hari ini negara kita sekali lagi menjadi mangsa pujukan ajaran sesat Syiah yang terang-terangan berlawanan dengan Islam,” katanya ketika merasmikan Wacana Pemantapan Akidah di sini semalam.

Program julung kali anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysian Zon Sabah ini dihadiri 650 peserta.

0 comments:

share2