Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 3, 2014

MEREKA TELAH LAKUKAN YANG TERBAIK, HARGAILAH MEREKA


Kebelakangan ini pihak pembangkang berusaha memburukkan kerajaan berikutan bagaimana mengendalikan kehilangan pesawat MH370. Pasti tujuannya adalah untuk memperlekehkan DS Najib sebagai Perdana Menteri dan DS Hishamuddin Hussain kerana beliau adalah dilihat sebagai kekuatan dan sokongan kepada DS Najib sendiri atas faktor hubungan kekeluargaan.

Seperti biasa bagi pembangkang, setiap apa yang dilakukan oleh DS Najib dan DS Hishamuddin tidak ada yang kena dan tidak pernah betul, namun dalam masa sama mereka tidak pernahpun melakukan apa-apa selain dari membangkang... membangkang dan membangkang. Mungkin itulah tugas pembangkang di Malaysia yang bagi sesetengah pihak terutama golongan professional dan terpelajar anggap sebagai dalam kelas 3.

Kerajaan dituduh menyembunyikan sesuatu hasil dari siasiatan yang ditemukan dalam pencarian pesawat MH370 dan pemimpin dicop sebagai takut untuk berhadapan dengan pemberita-pemberita asing. Namun bagaimanapun, seperti yang diakui oleh ramai orang bahawa sepanjang sidang akhbar ekoran kehilangan pesawat MH370 ini DS Hishamuddin telah bertindak dengan sangat baik yang seterusnya menyangkal keupayaan beliau sebagai seorang menteri yang berkreadibiliti.

Memang banyak kali pemberita-pemberita asing melontarkan soalan-soalan nakal yang menguji kesabaran sesiapapun, namun atas kesabaran dan kebijaksanaan DS Najib dan DS Hishamuddin dapat melaluinya dengan baik sekali tanpa ada yang merasa tersinggung.

Terkini ada pihak yang cuba menyalahkan DS Najib dengan menganggap bahawa kenyataannya bahawa pesawat MH370 telah terhempas atau jatuh di selatan Lautan Hindi. Sedangkan hakikatnya DS Najib memilih perkataan 'berakhir' bukan terhempas atau jatuh yang menyelamatkannya dalam kenyataan berkenaan kerana masih tidak terdapat sebarang bukti bahawa pesawat MH370 itu benar-benar kemalangan dan jatuh terhempas dilokasi yang dimaksudkan. Kenyataan itu dibuat adalah berdasarkan pengesanan dari alat radar yang sudah tidak lagi dapat dikesan ataupun berakhir disitu.

Soal menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan awam adalah wajar. Kita mesti akui bahawa tidak semua perkara boleh disampaikan kepada umum kerana ada diantaranya melibatkan rahsia besar kerajaan dan ketenteraan. Adalah sangat bodoh apabila pihak pembangkang di Parlimen meminta semua penemuan dan pengetahuan melibatkan kehilangan pesawat MH370 tidak dirahsiakan. Apakah mereka sendiri tidak merahsiakan apa-apa maklumat parti mereka semasa Pilihan Raya dari pengetahuan umum? Tidak langsung ada apa-apa yang mereka rahsiakan daripada rakyat tentang perancangan mereka dalam parti? Itu mustahil sama sekali.

Yang nyata sikap hipokrrit pembangkang semakin jelas. Mereka inginkan kerajaan bersikap telus namun dalam masa sama mereka tidak pernah bersikap demikian sama sekali. Sepertimana juga dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini dimana dalam pemilihan parti DS Anwar Ibrahim menentang DS Dr. Wan Azizah. Bayangkan jika itu berlaku kepada UMNO, sudah tentu UMNO dianggap sebagai sebuat parti yang mengamalkan kronism dan nepothism tetapi tidak bagi mereka. Mereka menganggap mereka adalah dewa kebenaran. Mereka berhak melakukan apa-apa saja sedangkan dipihak kerajan tidak berhak melakukan apa-apa saja.

Saya secara peribadi tidak pertikaikan perlakuan pemimpin pembangkang kerana sudah menyedari sejak dulu lagi bahawa demikianlah permainan politik mereka atas nama demokrasi mereka 'merogol' dan 'meliwat' demokrasi itu sendiri. Namun yang saya pertikaikan adalah penyokong dan pengikutnya sendiri. Apakah masih tidak sedar kesongsangan yang pemimpin mereka lakukan? Apakah sudah tidak dapat mengenal yang mana baik dan yang mana yang buruk? Apakah mereka sudah benar-benar hilang akal sehingga ketahap sedemikian?

DS Najib dan DS Hishamuddin dan semua menteri-menteri sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat semua. Memang ada terdapat sedikit kecacatan disana dan disini namun itu adalah perkara biasa kerana tiada siapa yang sempurna melaikan Allah. Bahkan pemimpin pembangkang sendiri lebih tidak sempurna jika dibandingkan dengan pemimpin kerajaan, cuma penyokong mereka sengaja memejamkan mata untuk tidak melihat kecacatan itu kerana hati mereka yang sudah 'hitam'.

Mari kita teruskan memberikan kepercayaan dan sokongan kepada DS Najib untuk memimpin negara kita kehadapan untuk mencapai kemajuan yang kita semua impikan. Percayalah bahawa beliau akan sentiasa meletakkan keutamakan kepada rakyat dihadapan sekali dengan sokongan budibicara yang tinggi dalam membuat sebarang pertimbangan. Percayalah dan beliau telah buktikan mampu memimpin keluarga dan partinya dengan baik dan berkesan dan tidak sebagaimana pemimpin yang satu itu dimana keluarganya dan partinya sendiripun tidak mampu dipimpin, justeru bagaimana akan dapat memimpin negara yang pastinya lebih banyak cabaran.

Editor.



1 comments:

  • paridah says:
    April 3, 2014 at 11:20 AM

    DS NAJIB n DS HISHAMUDIN telah menunjukan wibawa mereka yang sangat menyerlah dlm menangani masalah negara yg kritikal di mana perlu berhadapan dgn seluruh dunia yang menuntut penjelasan pasti tentang misteri kehilang MH370 tapi kita tahu ramai yg tak berpuashati. bukan senang juga nak menggembirakan semua orang dgn perkhabaran sedih. terutama kpd mrk yg merasa sgt bijak n orang lain bodoh semua...

share2