Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 7, 2014

HANYA BALOK BARU, KUANTAN CATAT IPU SEDERHANA



Kuala Lumpur - Hanya satu kawasan, Balok Baru, Kuantan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana iaitu 64 setakat pukul 7 pagi, hari ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 51 kawasan lain mencatat bacaan IPU baik antaranya Kota Tinggi (28), Langkawi (25), Nilai (47) dan Jerantut (23)

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing. 

0 comments:

share2