Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 26, 2014

BERASAP SEBELUM REBAH




Alor Gajah - Sebanyak 11 ekor lembu berasap sebelum rebah akibat dipanah petir di Kampung Telok Berembang, Lubok China, di sini, petang kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan pemiliknya Mat Pisar Mansor, 47, mengalami kerugian lebih RM20,000 dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu.

Mat Pisar berkata, dia menyedari haiwan peliharaannya itu disambar petir apabila satu ekor lembunya tiba-tiba rebah dalam kejadian.

Menurutnya, ia kemudian diikuti 10 ekor lembu lain yang sebelum itu berasap sebaik sahaja disambar petir ketika sedang berteduh di bawah pokok nangka.

“Sebelum kejadian saya sedang menghalau 17 ekor lembu masuk ke dalam kandang yang terletak kira-kira 50 meter dari kawasan 11 ekor lembu dipanah petir.

“Hujan lebat ketika itu disertai dua dentuman guruh sebelum dentuman yang ketiga berserta petir yang menumbangkan kesebelas ternakan saya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mat Pisar berkata, kejadian itu pertama kali berlaku kepadanya sejak menternak lembu sepanjang tempoh 10 tahun ini.

“Kematian lembu yang kebanyakannya adalah dewasa menyebabkan saya alami kerugian lebih RM20,000. Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana baki 17 lagi lembu saya selamat,” katanya.

0 comments:

share2