Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 18, 2014

WANITA POTONG KEMALUAN LELAKI DIPENJARA 7 TAHUN


Hong Kong - Wanita yang didakwa memotong kemaluan teman lelakinya hingga putus dan membunuhnya menggunakan tukul dua tahun lalu dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara kelmarin selepas di dapati bersalah menyebabkan kematian.

Pihak juri sebulat suara membuat keputusan itu selepas perbicaraan berlangsung selama empat setengah jam.

Hakim mahkamah berkata, Yeung dilihat benar-benar menyesal dengan perbuatannya melalui pengakuan yang dibuat. 
Sehari selepas kejadian itu berlaku, dia dikatakan memberitahu seorang pekerja kebajikan: “Saya memotong kemaluannya. Ia perbuatan kejam tetapi saya tidak berniat melakukannya.” 

Yueng Ki dikatakan bertindak demikian selepas teman lelakinya, Zhou Hui merogolnya dan memukul anak perempuannya. 

Perkara itu terjadi apabila Yueng enggan memberikan HK$200,000 (RM 84,449) kepada Zhou untuk membeli kereta. 

Berang dengan tindakan itu, Zhou mengugut menyebarkan gambar bogel Yueng di Internet sebelum memukul dan merogolnya. - Agensi

0 comments:

share2