Kuantan - Seorang wanita ditemui mati di dalam semak berhampiran rumahnya di Kampung Lubuk Payang dekat Mentakab.
Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat R. Esther Maragathan, 54, kira-kira jam 10.20 pagi sebelum anggota polis ke lokasi kejadian.
Menurutnya, mayat ditemui orang awam di dalam kawasan semak tidak jauh dari rumahnya lengkap berpakaian.
“Menurut maklumat keluarganya, mangsa dikatakan tidak siuman dan tinggal sendirian di rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
Abdul Aziz berkata, mayat wanita itu juga ditemui dalam keadaan hampir reput berkemungkinan terdedah dalam cuaca panas.
“Pemeriksaan awal polis tidak menemui sebarang kecederaan pada tubuh mayat manakala tiada sebarang objek atau senjata ditemui di lokasi kejadian.
“Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat,” katanya.
Katanya, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
“Bagaimanapun polis menunggu laporan hasil bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya.
0 comments:
Post a Comment