Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 31, 2014

WAN AZIZAH SEBAGAI PELAN B




Shah Alam – Tindakan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan PKR dilihat sebagai pelan sokongan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, ini berikutan keputusan Anwar yang turut mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut.

“Saya percaya pencalonan Anwar adalah strategi untuk memastikan beliau kekal dalam parti. Namun, dalam masa sama perlu ada jalan elakkan masalah jika Anwar gagal dalam proses rayuan ke atas hukumannya.

“Maka perlu ada pelan B iaitu menjadikan Wan Azizah sebagai presiden. Sebab itu Wan Azizah masih bertanding jawatan presiden walaupun sebelum ini pernah melahirkan hasrat untuk mengundur diri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam hari pencalonan pemilihan PKR kelmarin, Anwar sah bertanding merebut jawatan Presiden dan bakal berdepan Wan Azizah yang memegang jawatan itu sejak 1999.

Menurut Seksyen 9A(1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh memegang jawatan dalam sesebuah pertubuhan berdaftar jika disabitkan kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dihukum penjara tidak kurang satu tahun.

Dalam pada itu, katanya, keputusan Anwar bertanding jawatan presiden juga dilihat bagi mengelakkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menentang Azizah.

“Anwar seolah-olah tidak mahu ada perebutan sengit jawatan presiden jika Azmin melawan Azizah. Apatah lagi, seperti diketahui Azizah lebih selesa dengan (Tan Sri) Khalid (Ibrahim).

“Dalam soal ini, Azmin sudah tidak selamat. Melainkan ada rundingan antara Anwar dan Azmin supaya Azmin boleh terus memegang jawatan timbalan presiden,” katanya.

0 comments:

share2