PRK N25 Dun Kajang sudahpun berakhir. Sepanjang kempen tidaklah sehangat seperti yang dijangkakan. Mungkin kerana kehilangan MH370 lebih mengahangatkan, bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia juga. Semua mata dan hati dunia tertumpu kepada kehilangan dan pencarian MH370.
Seperti yang dijangka, PKR masih dapat pertahankan kerusi yang sengaja dikosongkannya namun majoriti merosot. Undi yang didapati oleh Lee Chin Cheh pada PRU13 lalu adalah 19,571 dengan majoriti 6824 manakala DS Wan Azizah hanya memperolehi sebanyak 16,741 dengan majoriti 5379.
Peratusan yang keluar mengundi juga merosot berbanding sebelumnya. Ini boleh dianggap sebagai isyarat kepada semua pihak bahawa rakyat sudah semakin jemu dipermainan politik sesetengah pihak dengan menjadikan demokrasi sebagai alasan.
Hasrat Lim Kit Siang untuk melihat calon Barisan Nasional hilang wang pertaruhan sama sekali gagal malahan calon pembangkang pula seharusnya menanggung malu apabila gagal menambah atau mengekalkan majoriti undi yang mereka dapati sepertimana sebelum ini.
Yang lebih penting adalah kegagalan strategi DS Anwar untuk mengekalkan momentum apabila perancangan '#Kajang Move'nya gagal menepati sasaran.
Pencalonan DS Wan Azizah adalah sebagai proksi kepada DS Anwar yang tidak dapat bertanding kerana disabit kesalahan dalam kes liwatnya, justeru kekurangan undi yang didapati adalah manifestasi daripada kejemuan rakyat terhadap permainan politik pembangkang. Kerana itu juga jumlah yang keluar mengundi juga didapati menurun. Simpati untuk DS Anwar sudah semakin sedikit dan akan hilang bila-bila masa sahaja.
Penyokong pembangkang cuba menarik perhatian rakyat dengan merayakan kenenangan DS Wan Azizah, namun hakikatnya mereka tidak perlu merayakannya kerana bukan kemenangan merampas kerusi lawan, sekadar kemenangan dengan undi merosot dari kerusi yang mereka kosongkan sendiri. Ia tidak memberikan apa-apa makna kapda rakyat bahkan parti, melainkan sekadar memuaskan hati DS Anwar.
Ada yang berpendapat kemenangan itu adalah sebagai mengucapkan selamat jalan kepada DS Anwar yang akan dipenjarakan bagi jangkamasa 5 tahun. Ianya juga umpama ucapan selamat tinggal kepada pembangkang khususnya PKR kerana selepas ini ianya hanya akan jadi bahan catatan sejarah dalam kancah politik tanah air.
Editor.
0 comments:
Post a Comment