Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 8, 2014

PESAWAT MAS HILANG: PASUKAN PENYELAMAT DITUBUHKAN DI LAPANGAN TERBANG BEIJING



Beijing, 8 Mac -- Pasukan mencari dan menyelamat diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing untuk bekerjasama dengan Malaysia Airlines (MAS) berhubung pesawat syarikat itu yang dilaporkan hilang dalam penerbangan hari ini dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) yang dipaparkan di Weibo, laman sosial China yang menyerupai Twitter, pada Sabtu berkata tiada laporan mengenai sebarang pesawat terhempas di perairan China.

Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ketika berada di ruang angkasa Malaysia-Vietnam.

Pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (waktu Beijing).

CAAC yang memetik jurucakap lapangan terbang, Li Xiaomin, berkata pasukan kecemasan itu bekerja berdasarkan penyelesaian alternatif dan anggota keluarga penumpang tenang menerima berita itu.

CAAC berkata ia telah mengarahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing untuk menenangkan anggota keluarga penumpang dan akan menyalurkan maklumat terkini berhubung situasi itu.

Orang ramai boleh menghubungi pejabat MAS di China -- Beijing: 010-65052681, Shanghai: 021-23293999, Guangzhou: 20-83358868, Xiamen: 0592-2106088 dan Kunming: 0871-67085770 -- untuk maklumat

0 comments:

share2