Kota Bharu- Empat laporan polis yang dibuat oleh orang awam di empat kawasan berbeza di negeri ini yang terlihat objek terbang rendah pada pagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang menunjukkan arah yang sama iaitu 350 darjah utara ke arah Laut China Selatan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan laporan tersebut, individu-individu terbabit mendakwa melihat pesawat berkenaan masing-masing di Kuala Besar, Kampung Pasir Kasar, Sering, Kota Bharu, Geting, Tumpat dan Pantai Senok, Bachok.
"Keempat-empat laporan yang dibuat itu juga menunjukkan mereka melihat pesawat tersebut pada masa yang lebih kurang sama iaitu sekitar pukul 1 sehingga 2 pagi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum menyerahkan laporan polis yang difailkan oleh saksi-saksi tersebut kepada Pengurus Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kota Bharu, Suaidi Yusoff di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment