Puchong - Dua premis urut yang dipercayai menawarkan aktiviti pelacuran antara yang dikenakan tindakan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam Ops Khas yang dilakukan, semalam.
Rampasan set peralatan urut dan tindakan penutupan premis diambil di bawah UUK 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007.
Lima tukang urut yang didapati menyalahgunakan permit perjalanan dicekup dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi Khas itu melibatkan Unit trafik Jabatan Penguatkuasaan MPSJ yang memberi penekanan terhadap pemilik kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas dengan mengeluarkan 598 Notis Tawaran Kompaun (NTK).
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar Mohd Rasip Rasul berkata, meskipun sudah melaksanakan beberapa kali operasi trafik khas sebelum ini, pemandu dilihat masih berdegil dan membelakangkan undang-undang.
Katanya, antara kesalahan dilakukan termasuk meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya dan menyebabkan halangan.
Tindakan diambil bawah Peruntukan tempat letak kereta MPSJ 2007, Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, dalam Ops Khas dilaksanakan bersama 90 anggota, pihaknya turut membuat pemeriksaan lesen di premis perniagaan di kawasan Bandar Puteri.
Sebanyak 21 NTK dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen dan melanggar syarat-syarat lesen yang dikeluarkan.
Selain menyita dua rumah urut, anggota MPSJ juga berjaya menurunkan 347 unit iklan haram yang dipamer tanpa kebenaran pihak majlis.
Pengusaha berdepan tindakan di bawah UUK 7 Undang-undang Kecil Iklan MPSJ 2007.
0 comments:
Post a Comment