Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 14, 2014

LEPAS GIAN DI RUMAH NENEK




Setiu - Seorang pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara ditahan kerana dipercayai menagih dadah di sebuah rumah di Kampung Seri Kenangan, Permaisuri, di sini.

Dalam serbuan jam 5.30 pagi kelmarin, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Setiu diketuai Inspektor Fairuz Azma, menyerbu ke rumah itu yang dijadikan port melepaskan gian.

Ketua Polis Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, hasil maklumat awam, polis melakukan intipan sejak seminggu lalu dan mendapati, rumah didiami seorang warga emas wanita itu dijadikan tempat penagih melepaskan gian.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis memberkas lima suspek lelaki berusia antara 17 hingga 26 tahun, termasuk pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini.

“Siasatan mendapati rumah yang dipercayai port penagih sejak sebulan lalu itu adalah milik nenek kepada seorang suspek, yang juga pelajar berusia 23 tahun,” katanya.

Menurut Ab Rahman, semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut, manakala saringan air kencing pula mendapati mereka semua positif dadah jenis methamphetamine (pil kuda).

“Polis turut merampas pil kuda seberat 0.20 gram Seri Bukit Puteri. Siasatan awal mendapati pelajar terbabit mula mengambil pil kuda sejak tahun lalu," katanya.

Kata beliau, lelaki berusia 23 tahun terbabit sering menjadikan rumah neneknya sebagai tempat dia dan rakan-rakan lepaskan gian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

0 comments:

share2