Ucapan Perasmian MB
Kuantan, 12 Mac - YAB Menteri Besar Pahang dalam rangka lawatannya 'Jelajah DUN' seluruh negeri Pahang petang semalam (11 Mac 2014) telah singgah di Dun Kuala Sentul dan merasmikan Dewan Serbaguna Kuala Sentul.
Dewan Serbaguna berkenaan adalah yang terakhir dibina dalam Dun Kuala Sentul yang mana mukim-mukim lain didalam Dun Kuala Sentul sudahpun mendapat Dewan Serbaguna mereka masing-masing sebelum ini.
Dun Tahan merupakan Dun pertama dalam siri 'Jelajah DUN Pahang' oleh Menteri Besar dimana YAB Menteri Besar telah melawat Kg Pagi melalui jalan darat yang sedang dalam pembinaan dan balik ke Kuala Tahan dengan menaiki bot. Dalam lawatan berkenaan rakyat dari sekitar Ulu Tembeling telah berkumpul di Kg. Pagi bagi menyambut kedatangan YAB Menteri Besar.
Dalam ucapannya di Kuala Sentul, YAB Menteri Besar mengingatkan kepada semua agar menyegarkan kasih sayang terhadap ibu masing-masing. Selain itu beliau juga menyatakan rasa kesalnya terhadap keadaan semasa dan pemikiran masyarakat yang lebih mudah percaya kepada fitnah dan berita bohong dari kebenaran.
Beliau juga merujuk kepada isu semasa berkenaan kehilangan pesawat MH370 dimana terdapat banyak spekulasi dan presepsi yang tersebar diinternat dan ramai yang percaya serta menyebarkannya sedangkan pihak kerajaan berusaha sedaya upaya menjelaskan keadaan sebenar. Menurut Menteri Besar Pahang lagi, apa yang perlu adalah focus kepada isu kehilangan pesawat berkenaan dan bukan mencipta teori kehilangan dan penyebabnya - isunya ialah 'Dimana MH370 itu berada?'
Beliau juga mengulas mengenai pengurangan subsidi minyak sebaliknya menambahkan nlai 'BR1M' yang sememangnya baik untuk rakyat berpendapatan rendah. Subsidi minyak hanya memberi faedah kepada golongan tertentu bahkan termasuk warga Negara asing sedangkan pemberian BR1M tepat kepada sasarannya iaitu warganegara berpendapatan rendah, namun ramai rakyat yang terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang menjadikan isu pengurangan subsidi minyak sebagai bahan protes kepada kerajaan.
Menurutnya juga, kerajaan telah melakukan yang sebaik mungkin bagi mengekalkan kestabilan ekonomi serta politik untuk terus manjamin rakyat akan terus kekal hidup dalam aman, damai dan harmoni.
Dalam sidang akhbar selesai majlis perasmian berkenaan, YAB Menteri Besar Pahang turut mengulas mengenai kehilang pesawat MH370 namun berharap semua pihak menaruh kepercayaan kepada pihak yang bertanggungjawab serta turut berdoa kepada Allah agar segalanya dipermudahkan. Secanggih dan semoden manapun pengetahuan dan ilmu yang ada pada sains, namun kuasa Allah adalah segalanya dan penentu, justeru kepadanyalah kita memohon.
YB Dato' Shahaniza Adun Kuala Sentul di ucapan aluannya
YB Dato' Ismail Mutalib Tim. Menteri Sumber Manusia
Semua YB-YB termasuk YB Adun Luit hadir meskipun jadual mereka sentiasa 'padat'.
Ketua Kampong Paya Mengkuang menerima Surat Tawaran RTK
Sidang Akhbar MB sejurus selesai Majlis Perasmian
Sebahagian hadirin
0 comments:
Post a Comment