Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 18, 2014

DICULIK NELAYAN THAI


Jakarta - Tentera Laut Indonesia semalam berkata, seorang pegawainya, Sarjan Mej Alfriansyah dipercayai diculik sekumpulan nelayan Thailand.

Jurucakap tentera berkata, pegawai terbabit dilarikan selepas dia melihat sekumpulan nelayan asing berada di perairan Bintan yang terletak dalam wilayah Indonesia.

“Alfriansyah dan seorang nelayan tempatan menghampiri nelayan asing terbabit untuk mendapatkan bukti namun kedua-dua mereka tidak pulang,” katanya. Jurucakap itu berkata, sekumpulan penyiasat cuba mengejar bot berkenaan tetapi gagal.

“Kejadian berlaku pada Selasa tetapi hanya dilaporkan sehari kemudian,” katanya. - Agensi

0 comments:

share2