New York - Seorang cef terkenal, Gene Rurka mengetuai satu pasukan untuk menghasilkan makanan unik di Hotel Waldorf Astoria di sini kelmarin.
Rurka dibantu oleh 40 tukang masak bagi menyediakan makanan unik itu yang melibatkan masakan serangga, organ haiwan seperti kemaluan kambing dan labah-labah tarantula.
Tukang masak itu turut memasak lipas dan aligator untuk para tetamu pada majlis makan malam Kelab Penjelajah kali ke-110.
Aligator merupakan reptilia besar yang bentuknya seperti buaya.
Pada kebiasaannya ia terdapat di tasik dan sungai.
Pengerusi syarikat Amazon, Jeff Bezos turut menghadiri majlis makan malam itu.
Dia turut menikmati makanan lipas yang dimasak oleh Rurka dan pasukan memasaknya.
Kuih coklat yang dihidangkan bersama larva turut disediakan untuk para tetamu.
0 comments:
Post a Comment