Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 6, 2014

BERSATU PERTAHAN KALIMAH ALLAH

Bersatu pertahan kalimah ALLAH


Bera - Semua bangsa yang beragama Islam diminta bersatu mempertahankan agama ini terutamanya dalam perkara membabitkan kalimah ALLAH.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun ada sebahagian pihak bersungguh-sungguh mempertahankan kalimah ALLAH yang hanya boleh digunakan dalam agama Islam, namun ada juga pihak yang langsung tidak berbuat demikian.

Menurutnya, seharusnya perbezaan ideologi politik tidak menghalang Muslim untuk bersama-sama berjihad mempertahankan perkara itu.

“Apa yang saya lihat, hanya satu pihak sahaja yang beria-ia bangkit mempertahankan hak orang Islam, sementara lagi satu pihak seolah-olah hanya mampu menunggu dan melihat sahaja.

“Kalau benar kita sayangkan Islam, kita kena bersatu mempertahankan kalimah ALLAH yang seharusnya hanya boleh digunakan dalam agama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis yang di adakan pada Mesyuarat Agong Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Felda Purun, dekat sini.

Hadir sama, Pengurus Rancangan, Azemim Mamat.

Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, penggunaan kalimah ALLAH dalam setiap agama boleh mengelirukan umat Islam terutamanya di kalangan anak-anak yang sedang mendalami Islam.

“Kita tidak mahu anak bangsa kita jauh terpesong hanya kerana mereka keliru dengan keadaan ini.

“Malah, pihak tertentu sengaja memanjangkan isu ini menunjukkan seolah-olah mereka langsung tidak menghormati umat Islam,” kata beliau.

0 comments:

share2