Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 30, 2014

14 TERBUNUH, BAS DAN LORI BERLANGGAR



Sao Paolo 30 Mac - Seramai 14 orang terkorban selepas sebuah lori sampah merempuh sebuah bas mini di utara Brazil, semalam.

Sekurang-kurangnya 20 orang penumpang bas mengalami kecederaan dan kesemua mereka telah dihantar ke hospital berdekatan di bandar Manaus untuk menerima rawatan.

Polis berkata, kejadian berlaku selepas lori sampah berkenaan hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan, sebelum merempuh bas mini yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

0 comments:

share2