Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 24, 2014

POLIS TAHAN LELAKI DAN WANITA BERSERTA 1000 ECSTASY DI KUANTAN

KUANTAN, 23 Feb - Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita, dan juga merampas lebih 1,000 pil ecstasy, dalam satu serbuan di sebuah rumah di Lorong Seri Kuantan dekat sini tiga hari lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata.

Beliau berkata dalam serbuan itu, yang dijalankan pada 9.30 malam, polis turut merampas RM860, kereta Honda Civic FD dan Proton Iswara.

Siasatan awal mendapati lelaki itu, yang berumur 23 dan dari Bukit Kuantan mempunyai rekod terdahulu dan dikehendaki oleh pihak polis berkaitan dengan kes dadah, katanya kepada Bernama hari Ahad.

Beliau berkata suspek lelaki juga didapati positif dadah. Walau bagaimanapun, wanita itu, juga 23 dan dari Felda Triang tidak mempunyai rekod polis dan disahkan negatif dadah.

Kedua-duanya ditahan untuk siasatan polis.

Sumber

0 comments:

share2