Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 24, 2014

KIAMAT TAHUN 2015?



Sebuah akhbar tempatan meneribitkan berita mengenai ramalan NASA (Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan, Amerika) bahawa matahari akan terbit dari barat pada tahun 2015 yang diulas oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Sudah tentu berbagai fakta dan alasan yang diberikan oleh pihak NASA bagi menyokong kenyataan yang mereka keluarkan.

Sebelum itu pun ada kenyataan bahawa kiatam akan berlaku pada tahun 2012 lalu. Maka seluruh umat manusia terutama yang percayakan kitab menganggap itu akan benar-benar berlaku, bahkan beberapa penerbit film juga turut menggambarkan kiamat itu akan berlaku pada tahun berkenaan.

Apakah itu satu usaha pihak tertentu untuk menggoncang iman penganut agama Islam atau hanya usaha mereka bagi mempermainkan iman dan kepercayaan kita? Pasti mereka mengetahui segala kepercayaan kita terhadap agama yang kita pegang. Justeru kita harus melihat kenyataan-kenyataan begini dari satu sudut yang lain.


0 comments:

share2