Pertumbuhan NGO bagaikan satu ‘trend’ bagi segolongan masyarakat hari ini. Sebahagian besar kononnya mewakili pihak partisan atau tidak berkepentingan.
Persoalan yang perlu kita ajukan, bagaimanakah seseorang itu berkemungkinan berada/terajui 10 NGO sekali gus; yang mana menjuarai isu-isu yang hampir sama.
Jika diperhalusi, tidak mustahil dalam 10 NGO di Malaysia semuanya diwakili oleh orang-orang yang sama.
Lantaran itu, melihatkan senarai 20 - 40 NGO, jika dicampur semua ahli-ahli NGO itu, jumlahnya hanya beberapa ratus orang sahaja.
Jangan TERKEJUT.
Kini dan yang terbaru, adapula NGO baru diberi nama C4 atau Centre to Combat Corruption and Cronyism. Bakal bergegar bumi mendengarkan nama sedemikian.
Cynthia Gabriel mengumumkan penubuhan dan bertindak sebagai Pengarah (Cynthia juga merupakan teraju utama SUARAM).
Dakwa Cynthia, C4 akan menumpukan kepada Sabah dan Sarawak di mana korupsi ‘sering dilepas pandang’.
Melihat dari namanya; C4, sudah cukup untuk membuktikan NGO ini adalah jelmaan SUARAM.
Ramai sedia maklum SUARAM merupakan pihak utama yang ditugaskan oleh ‘siapapun tuannya’, untuk memburukkan nama Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah melalui pembunuhan Altantuya.
Menggunakan nama C4, sempena nama bahan letupan yang membunuh Altantuya hanya menguatkan syak wasangka bahawa Cynthia atau SUARAM (kini C4), sebenarnya merupakan antara pihak yang terlibat secara langsung dengan kes tersebut.
Dato’ Seri Najib telah pun membuktikan bahawa beliau tidak kenal Altantuya dan Datin Seri Rosmah pula telah terbukti mempunyai alibi yang terang lagi bersuluh.
Jelas, hanya Cynthia atau SUARAM sahajalah yang mengenali dan mengetahui tentang kes Altantuya, lebih dari sesiapapun termasuk polis dan kerajaan Malaysia mahupun Perancis sendiri.
Malah, SUARAM juga seolah-olah mendapat ‘skop eksklusif’ mengenai jual beli Scorpene yang mana pihak penjual di Perancis, mahupun pembeli iaitu Angkatan Tentera Malaysia sendiri, tidak tahu menahu.
Andai SUARAM bukan dalangnya, mana datangnya cerita-cerita sebegini?
Apapun, agenda SUARAM sudah terbongkar. Umum menegtahui, SUARAM adalah rangkaian pembangkang dan semua cerita-cerita mengenai rasuah Scorpene dan kaitannya dengan pembunuhan Altantuya adalah bermotifkan politik semata-mata.
Lebih dari itu, SUARAM akhirnya mengakui kaitannya dengan tangan-tangan asing atau lebih tepat lagi, George Soros.
SUARAM adalah NGO haram yang ‘bertanggungjawab’ untuk menyebar fitnah dalam usaha menjayakan operasi ‘pertukaran rejim’ di rantau ini.
Justeru, C4 sebenarnya bertitik tolak dari kegagalan SUARAM untuk menyempurnakan misinya.
C4 dipertanggungjawabkan untuk menyambung misi yang telah gagal sehingga sekurang-kurangnya ke PRU14.
C4 diterajui orang yang sama dengan SUARAM, mempunyai sasaran yang sama iaitu kerajaan BN dan pastinya akan menggunakan Modus Operandi yang sama, iaitu fitnah. Tidak salah untuk mengatakan yang ia turut mempunyai rangkaian yang sama dengan SUARAM iaitu pembangkang, dan perlu melapor diri pada Tuan yang sama juga, iaitu George Soros.
Maka tidak hairanlah apabila Sabah dan Sarawak menjadi keutamaan bagi C4 kerana kedua negeri itu adalah juga fokus utama pembangkang dan kunci utama untuk menggoyahkan BN.
Melalui C4 juga, kes Altantuya cuba dibangkitkan semula.
Namun, biarpun baru ditubuhkan atau lebih tepat, hanya bertukar nama, kredibiliti NGO ini telah lama hancur bersama SUARAM; cuma diberi nafas baru, mandat yang sama.
Apa yang bermain di dalam kotak minda Cynthia Gabriel menubuhkan C4? Sehingga meluhurkan dendam tak sudah dari penjuru lain tapi sasaran yang sama.
Cynthia nyata enggan menerima hakikat bahawa beliau telah kalah teruk dan menyebabkan Tuannya mengalami kerugian yang besar.
0 comments:
Post a Comment