KUALA LUMPUR - Maulidur Rasul tahun ini disambut di seluruh negara dengan penuh keinsafan dan kecintaan bagi memperingati jasa dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sambutan peringkat kebangsaan berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya dimulai dengan perarakan sejauh 1.7 kilometer, disertai 13,598 peserta daripada 151 kontinjen bermula di bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Persiaran Perdana menuju Masjid Putra.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke sambutan Maulidur Rasul 1435H/ 2014M bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.
Penceramah terkenal, Ustaz Mohd Kazim Elias turut diundang menyampaikan ceramah mengenai personaliti dan sifat Rasulullah SAW yang perlu dicontohi seluruh umat Islam.
Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Di JOHOR, kira-kira 5,000 umat Islam menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek, Kota Tinggi.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bonda baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris dan adinda baginda Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke majlis sambutan itu.
Terdahulu, sambutan bermula kira-kira 7.30 pagi dengan perarakan melibatkan 70 kontinjen mewakili agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta dan sekolah diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Di MELAKA, lebih 10,000 umat Islam mengambil bahagian dalam perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat negeri bermula di Stadium Hang Tuah ke Masjid Al-Azim.
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron turut berarak sejauh lebih empat kilometer sambil berselawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Perarakan itu disertai kira-kira 200 kontinjen termasuk lebih 20 beca daripada kontinjen Persatuan Beca Negeri Melaka dan 10 orang kurang upaya berkerusi roda daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Di IPOH, Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis sambutan peringkat Perak di Pusat Konvensyen Amanjaya di Meru. Turut berangkat Raja DiHilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Ia turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.
Di MUKAH, hujan sejak awal pagi tidak mematahkan semangat Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan lebih 6,000 peserta daripada 175 kontinjen untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak.
Taib bersama beberapa anggota Kabinet negeri menyertai perarakan sejauh 3.5 kilometer melalui jalan-jalan utama di bandar Mukah.
Di ALOR SETAR, sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Kedah berlangsung malam tadi di Masjid An-Nur Pokok Sena dengan kehadiran kira-kira 1,000 peserta dan disempurnakan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.
Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir itu, Tunku Sallehuddin bertitah umat Islam harus sentiasa menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola dan panduan hidup.
Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengetuai 310 kontinjen berarak sejauh 2.5 kilometer sempena Maulidur Rasul peringkat negeri Terengganu, bermula dari Dataran Shah Bandar sehingga ke Stadium negeri.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat dan merasmikan sambutan itu yang disertai 11,000 orang.

0 comments:
Post a Comment