KUANTAN - Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) merupakan penyumbang kepada peningkatan jenayah berat termasuk kejadian tembak sehingga mengorbankan nyawa.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sebanyak 2,600 penjenayah berat telah dibebaskan sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk melakukan jenayah lebih ganas sebaik sahaja EO dimansuhkan.
"Semua ini berlaku kerana desakan pembangkang yang mahu menghapuskan ISA justeru, pembangkang harus bertanggungjawab.
"Saya berharap Kerajaan Pusat tidak lagi mengikut rentak pembangkang yang mahukan pelbagai undang-undang dipinda sehingga mengakibatkan negara kucar-kacir," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lee Chean Chung (PKR-Semambu) yang mahu kerajaan termasuk polis bertindak segera bagi menangani jenayah terutama kejadian tembak di negeri ini sehingga mengorbankan seorang penguatkuasa agama di Indera Mahkota 2 di sini baru-baru ini.
Menurut Adnan, usaha pihak polis menyelesaikan pelbagai kes besar sepatutnya lebih dihargai dan bukannya ditohmah.
"Dalam kes membabitkan Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Agama Islam Pahang, Ahmad Raffli Abdul Malik yang maut ditembak di hadapan rumahnya baru-baru ini masih dalam siasatan polis.
"Saya yakin kes berkenaan akan dapat diselesaikan tidak lama lagi dan penjenayah tersebut akan dibawa ke muka pengadilan. Berdasarkan rekod, banyak kes besar dapat diselesaikan," jelasnya.
Tambahnya, senjata api di negara ini telah dikeluarkan secara berhemah mengikut kriteria yang ditetapkan.
"Apa yang penting, kesedaran individu dalam menjaga keamanan negara harus diperhalusi," ujarnya.

Siapa bertanggung jawab memansuhkan ISA dan EO ?..Kerana ape ?. Masa Tun Mhathir dulu pun org desak juga memansuhkan ISA dan EO, Tun tak lyan pun..tapi kedudukan party tak pun tergugat..Sekarang je gov dah jadi mcm pengecut sampaikan tuntutan penjenyah pun kena di turuti...fikir lah..lama kelamaan Malaysia ni nak jadi ape ?. Dulu penjenayah takut pada polis..skrg ni polis dah takut pada penjenayah..Sekarang semua org takut nak keluar rumah dan tak nyenyak tidor takut bila bila masa atau di mana saja boleh kena tembak. Kita ni dah hampir terlambat nak kekang perkara ni..MALAYSIA IS NO MORE A SAFE COUNTRY.