PARA penunjuk perasaan propembangkang menghentikan sementara perarakan di jalan raya di Dhaka, Bangladesh selama tiga hari mulai Ahad lalu. Mereka berbuat demikian bukan kerana amaran keras pihak polis atau tentera tetapi semuanya kerana menghormati lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara mereka.
Bagi menghormati Perdana Menteri Malaysia, mereka akan berehat sementara dan lepas ini mereka akan sambung semula demonstrasi," kata Rahim yang bekerja di syarikat sewaan kereta di Dhaka.
Bagi Rahim dan penduduk Bangladesh, mereka amat menghormati pemimpin Malaysia. Gambar besar Najib yang terpampang di lokasi-lokasi strategik di Dhaka seperti menyejukkan buat seketika suasana tegang politik di bandar raya ini yang terlalu kerap berlaku demonstrasi jalanan menjelang pilihan raya umum negara ini awal tahun depan.
Sikap pemimpin pembangkang di negara ini nampaknya jauh berbeza dengan apa yang yang berlaku di Malaysia. Rakyat dan pihak pembangkang di Bangladesh seperti tidak mahu memalukan pemimpin dan negara sendiri walaupun berbeza fahaman politik.
Perdana Menteri sendiri ketika bercakap kepada para pemberita Malaysia di akhir lawatan rasmi tiga harinya juga merasai kemesraan dan layanan luar biasa daripada pemimpin dan rakyat Bangladesh.
Bagi Najib, lawatan rasmi pertamanya ke Bangladesh selaku Perdana Menteri dilihat berjaya mencapai objektif untuk mengeratkan hubungan politik dan ekonomi kedua-dua negara. Apalagi Sheikh Hasina sendiri seperti termakan budi dengan kesediaan Malaysia mengambil hampir suku juta rakyatnya bekerja yang menyumbang kepada ekonomi negara tersebut.
Hanya yang menjadi perhatian Sheikh Hasina ialah ketidakseimbangan nilai perdagangan antara kedua-dua negara yang sejak lama terlalu memihak kepada Malaysia dan menyatakan harapannya kepada Najib dalam mesyuarat bilateral antara kedua-dua negara agar lebih banyak pelaburan dari negara sahabatnya itu memasuki Bangladesh.
Pada tahun lalu, nilai eksport Malaysia ke Bangladesh ialah lebih RM4,826 bilion berbanding kira-kira RM239 juta yang diimport dari negara itu. Nilai ketidakseimbangan yang terlalu besar.
Sebahagian besar eksport Malaysia ke Bangladesh ialah produk berasaskan petroleum dan minyak kelapa sawit, manakala negara itu pula mengeksport tekstil dan pakaian. Nilai eksport produk berasaskan tekstil dan pakaian ke Malaysia meningkat hampir sekali ganda berbanding pada tahun sebelumnya.
Mungkin banyak rakyat Malaysia yang belum mengetahui bahawa Bangladesh adalah antara negara yang menjadi lokasi kilang-kilang yang mendapat lesen mengeluarkan pakaian dan tekstil bertaraf antarabangsa termasuk jenama fesyen popular dari Eropah, Jepun dan Korea.
Dari segi pelaburan, Malaysia menjadi negara anggota ASEAN yang terbesar melabur di Bangladesh dengan nilai pelaburan lebih RM560 juta pada tahun lalu dan jumlah itu dijangka meningkat pada nilai lebih besar pada tahun-tahun mendatang, hasil daripada lawatan Najib. Sekarang ini, sebahagian besar pelaburan dari Malaysia adalah dalam bidang telekomunikasi, tekstil, kewangan, perkhidmatan dan janakuasa elektrik.
Tentunya rakyat Malaysia boleh berbangga kerana 80 peratus bekalan tenaga elektrik di bandar raya Dhaka, hasil dari tiga janakuasa yang dibina oleh syarikat Malaysia, 1Malaysia Development Berhad. Robi Axiata Limited, anak syarikat Kumpulan Axiata pula menjadi syarikat telekomunikasi ketiga terbesar di Bangladesh.
Menurut Perdana Menteri, rakan sejawatnya itu turut menawarkan kepada syarikat-syarikat dari Malaysia untuk menyertai tender antarabangsa membina jambatan serbaguna, projek janakuasa baru yang difahamkan bernilai hampir RM6 bilion dan projek perumahan awam melibatkan 22,000 unit rumah.
Najib berkata, pihaknya akan mengkaji dan mengenal pasti bidang-bidang pelaburan yang dimaklumkan oleh rakan sejawatnya itu yang boleh diceburi oleh para pelabur dari Malaysia.
Beliau berkata antara bidang yang berpotensi untuk pelaburan dari Malaysia yang disebut ketika mesyuarat dua hala dengan kerajaan Bangladesh adalah infrastruktur, penjanaan elektrik, hotel, hospitaliti, telekomunikasi, pendidikan dan industri gas.
Dalam pertemuan kedua-dua pemimpin itu juga, Najib dan Sheikh Hasina turut prihatin dengan kos tinggi yang dikenakan oleh pihak swasta yang terlibat dalam membawa masuk pekerja rakyat Bangladesh. Kelmarin, seorang pemimpin Bangladesh seperti dipetik oleh sebuah akhbar tempatan merayu Malaysia mempercepatkan proses kemasukan pekerja negara itu tanpa mengetahui hasrat kedua-dua kerajaan bagi mengelak eksploitasi keterlaluan pihak swasta ke atas bakal pekerja terbabit.
Kecenderungan penduduk di negara ini untuk bekerja di Malaysia cukup tinggi. Dalam kerjaya di sektor perladangan yang baru dibuka oleh Malaysia, kerajaan Bangladesh menerima sebanyak lebih 1.4 juta orang permohonan dan kini berjaya menyenarai pendekkan jumlah itu kepada 500,000. Jumlah pemohon itu terlalu besar berbanding jumlah kekosongan yang ditawarkan hanya 10,000.
Sementara itu, bagi Perdana Menteri Bangladesh, kunjungan Najib ke negaranya mengandungi elemen sentimental kerana Malaysia adalah antara negara terawal dan negara Islam pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 1971 yang dipelopori oleh bapanya, Sheikh Mujibur Rahman.
Di hadapan lebih 1,000 hadirin, Sheikh Hasina dalam ucapan beliau ketika merasmikan Hospital Pakar dan Kolej Kejururawatan KPJ Peringatan Sheikh Fazilatun Nesa Mujib, beliau menyifatkan dirinya dan Najib sebagai Perdana Menteri generasi kedua di negara masing-masing.
Ketika bapa beliau (Najib), Tun Abdul Razak Hussein menjadi Perdana Menteri Malaysia, bapa saya adalah Perdana Menteri Bangladesh," katanya.
Hanya membezakan antara kedua-dua pemimpin itu ialah bapa Sheikh Hasina, ibu dan tiga adik beradik lelakinya ditembak mati bersama 13 staf bapanya dalam serangan kumpulan bersenjata di rumah bapanya pada tahun 1975.
Sheikh Hasina dan adik bongsu perempuannya, Sheikh Rehana terselamat dalam kejadian itu kerana tidak berada di kediaman bapanya. Rumah bapanya kini dijadikan muzium dan semasa penulis mengunjunginya, terdapat banyak kesan peluru di dinding dan pintu termasuk di kamar tidur bapanya.
Tragedi hitam yang menimpa keluarganya dan sejarah panjang hubungan politik negaranya dengan Malaysia sejurus selepas merdeka sedikit sebanyak mempengaruhi sikap Sheikh Hasina terhadap negara sahabatnya itu sama ada ketika senang dan sukar.
Kerana itu jugalah, beliau memberi penghormatan kepada Najib untuk sama-sama merasmikan hospital yang dibina atas pembiayaan Tabung Memorial Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman dan memberi kepercayaan kepada syarikat Malaysia, KPJ Healthcare untuk mengurus operasi hospital tersebut.
Hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Bangladesh berdasarkan kepada rasa kebersamaan yang dirasai rakyat kedua-dua negara dan ini perlu kita terjemahkan dalam bentuk kerja sama yang semakin meningkat antara kedua-dua negara," kata Perdana Menteri yang kelihatan gembira dengan hasil lawatannya ke Bangladesh. - UTUSAN

0 comments:
Post a Comment