KUALA LUMPUR - Kes kehilangan kad pengenalan bertaraf warganegara (MyKad) semakin membimbangkan selepas menunjukkan peningkatan ketara saban tahun.
Setakat 31 Oktober lalu, sebanyak 565,157 MyKad dilaporkan hilang berbanding kehilangan 429,137 MyKad sepanjang tahun lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebanyak 413,068 MyKad pula dilaporkan hilang pada 2011 berbanding 397,079 pada tahun sebelumnya.
Beliau tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan oleh pendatang asing tanpa izin.
Sehubungan itu, tegasnya, kementerian sedang menyediakan cadangan satu tindakan drastik bagi mengatasi kehilangan MyKad yang semakin berleluasa dan akan dimuktamadkan segera sebaik sahaja menerima pandangan perundangan daripada Pejabat Peguam Negara
"Statistik menunjukkan kes kehilangan MyKad meningkat dari tahun ke tahun.
"Kementerian tidak menolak kemungkinan MyKad milik orang lain digunakan warga asing yang diseleweng daripada MyKad hilang disebabkan kecuaian, kejadian ragut, dicuri atau mungkin dijual kepada sindiket oleh masyarakat tidak bertanggungjawab," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan) mengenai sama ada kerajaan sedar pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing masih berleluasa sehingga kini sebagaimana keterangan Supritendan Mohd. Azman Mohd. Sapri kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Isu Pendatang Tanpa Izin di Sabah.
Menurut Wan Junaidi, kerajaan tidak pernah mengeluarkan Mykad secara berleluasa dengan sewenang-wenangnya kepada warga asing sebaliknya pengeluaran dokumen itu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan telah dianugerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan.
Berhubung keterangan Mohd. Azman, beliau berkata, pegawai itu hanya merujuk kepada tujuh laporan polis yang diterima pasukan siasatan dan laporan tersebut mengandungi tohmahan terhadap individu yang memegang dokumen palsu.
"Sebanyak 13 surat aduan awam telah diterima dan kita menjalankan siasatan serta memanjangkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk semakan. Dalam hal ini, kebanyakan individu berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada RCI Sabah," katanya.

0 comments:
Post a Comment