BENTONG - Sembilan orang perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Bentong dikejutkan dengan penyebaran sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) dan video berbaur lucah.
Seorang perwakilan yang enggan dikenali berusia 28 tahun berkata, SMS pertama diterimanya kira-kira jam 10.15 pagi semalam.
Katanya, ketika itu dia sedang menunggu giliran untuk mengundi bersama rakan-rakan yang lain.
“Pada awalnya saya sangka hanya saya seorang sahaja mendapat pesanan ringkas (SMS) dan video itu tetapi selepas ditunjukkan kepada rakan, mereka juga menerima SMS dan video yang sama.
“Pengirim yang tidak dikenali itu menghantar SMS berbaur lucah itu bertalu-talu sehingga dianggarkan hampir 20 SMS yang sama dan SMS terakhir diterima pada jam 12.49 tengah hari,” katanya kepada Sinar Harian.
Perwakilan itu berkata, video yang dihantar memperlihatkan perlakuan lucah pengirimnya namun keadaan muka tidak jelas.
Katanya, walaupun menerima SMS dan video itu, namun mereka mengambil langkah mengabaikannya dengan tidak memberi sebarang balasan.
“Kami sememangnya terkejut dengan tindakan tidak bermoral individu tidak bertanggungjawab itu kerana ia secara tidak langsung mengganggu emosi dan mencetuskan tanda tanya.
“Selepas mendapat SMS dan video itu kami ada menunjukkannya kepada perwakilan lain. Tetapi saya tidak pasti sama ada perwakilan lain menerimanya atau tidak, setahu saya hanya sembilan orang," katanya.
Menurutnya, ada yang bertindak menghubungi nombor pengirim itu namun ia tidak berjawab dan masuk ke peti simpanan suara.
Katanya, atas nasihat dari kepimpinan bahagian mereka akan membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas selesai proses pengundian dan mesyuarat.
“Apa yang diharapkan selepas laporan polis dibuat, tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas pengirim SMS dan video lucah itu.
“Tambahan pula, kami bimbang pengirim akan berterusan mengganggu selepas ini,” katanya.

0 comments:
Post a Comment