KUALA LUMPUR - Media sosial harus berperanan membawa kebaikan, bukannya dijadikan alat memfitnah serta mengelirukan pemikiran orang ramai.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, pengguna perlu bijak menilai sebarang maklumat yang disebarkan menerusi media sosial dengan dipastikan benar-benar berpaksikan fakta.
Menurutnya, media baharu seperti Facebook, Twitter dan blog yang semakin menjadi pilihan bagi mendapat maklumat tidak boleh dijadikan bahan rujukan terakhir.
"Senario penyebaran maklumat palsu merupakan bukti terdapat unsur atau kaedah menggunakan media baharu sebagai alat untuk menabur fitnah dan mengelirukan pemikiran orang ramai.
"Pengguna internet perlu kritis menilai setiap maklumat dan laporan yang diperoleh daripada media sosial bagi mengelak mereka terpengaruh dengan fitnah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai penggunaan media sosial sebagai ejen menabur fitnah yang semakin berleluasa ketika ini termasuk sepanjang proses pemilihan UMNO yang berakhir semalam.
Turut menjadi mangsa ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas akaun palsu Facebooknya digunakan untuk memburuk-burukkan salah seorang calon jawatan Naib Presiden, Datuk Mukhriz Mahathir.
Menurut Razali, perbuatan tidak bertanggungjawab itu tidak boleh ditangani hanya melalui peraturan atau undang-undang sebaliknya perlu melibatkan kerjasama semua pihak dengan menolak budaya tidak sihat tersebut.
Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan medium sosial tersebut untuk menabur fitnah.
Menurut beliau, penyalahgunaan media sosial di negara ini sudah sampai ke tahap membimbangkan dan jika dibiarkan boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara.
"Saya berharap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memandang serius perkara ini dan menyiasat serta mengambil tindakan terhadap pengendali laman sosial yang sengaja menabur fitnah," katanya.

0 comments:
Post a Comment