Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 2, 2013

Slogan "Ubah" Taktik Zionis Hancur Negara Islam


KETIKA berlaku kebangkitan rakyat di bumi Arab, ramai yang begitu teruja dan dunia mengikutinya dengan penuh minat, ingin mengetahui apakah kesudahannya.

Mereka ingin mengetahui apakah perubahan pucuk pimpinan di beberapa negara Arab terbabit akan turut membawa perubahan nasib dan kehidupan penduduk Arab di negara-negara berkenaan.

Namun, ramai yang kemudiannya kecewa melihat kebangkitan rakyat di bumi Arab yang bermula di Tunisia itu dan merebak menjadi satu fenomena di seluruh dunia Arab, dikenali sebagai Arab Spring akhirnya bertukar menjadi malapetaka.

Kita mendoakan semoga Arab Spring yang bermula di Tunisia pada Januari 2011 yang menumbangkan kerajaan pimpinan Presiden Zine El Abidine Ben Ali itu tidak melarat menjadi teori domino yang merebak ke negara-negara Islam lain.

Di bumi Syria, kebangkitan rakyat yang mahu mengubah kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad, kini menjadi mimpi ngeri apabila ia meletus menjadi perang saudara, yang kini sudah berlarutan lebih dua tahun dan mengorbankan lebih 70,000 nyawa dan memaksa lebih 1.4 juta penduduk Syria menjadi pelarian.

Di Syria slogan ‘ubah’ kerajaan bukan sahaja meragut banyak nyawa, tetapi menyaksikan kemusnahan negara itu di depan mata rakyatnya sendiri.

Di Libya pula, keamanan sukar dipulihkan semula selepas kepimpinan baru mengambil alih teraju Libya daripada Muammar Gaddafi.

Slogan ‘ubah’ juga membuatkan penduduk Libya menjadi biadab dan ganas, bukan sahaja pemimpin mereka digulingkan tetapi mereka turut dibunuh dengan kejam tanpa ada perasaan belas kasihan, jauh sekali berterima kasih atas jasa dan bakti mereka.

Apakah Gaddafi tidak ada jasa langsung semasa memerintah Libya sehingga beliau dibunuh dengan begitu kejam dan hina sekali. Begitulah slogan ‘ubah’ menterjemah perjuangan mereka, kononnya untuk membawa perubahan.

Malahan pada masa ini tiada jaminan keselamatan di bumi Libya, termasuk diplomat asing turut menjadi sasaran serangan.

Pada September lalu, bangunan konsulat Amerika Syarikat (AS) di Benghazi dibom mengakibatkan Duta AS ke negara itu, Christopher Stevens dan tiga rakyat AS terbunuh.

Kemudian Kedutaan Perancis di Libya pula menjadi sasaran, apabila satu letupan bom berlaku di kedutaan itu di Tripoli pada 23 April lalu menyebabkan dua pengawal keselamatan cedera dalam serangan pertama di ibu negara itu sejak Gaddafi disingkirkan pada 2011.

Di Mesir, kejatuhan bekas Presiden Hosni Mubarak tidak membawa sebarang perubahan pun kepada Bumi Anbia itu, sebaliknya kehidupan rakyatnya semakin menderita dengan saban hari berlaku demonstrasi ganas yang mengorbankan banyak nyawa.

Nyawa manusia tidak lagi dihargai dan keamanan kini sudah tidak wujud lagi.

Nikmat keamanan dan keselamatan semasa pemerintahan Mubarak kini hanya tinggal kenangan dan sejarah. Kini penduduk Mesir bertempur sesama sendiri.

Pertempuran berlaku sesama penyokong yang mendokong perjuangan ‘ubah’ sebelum ini, di bandar-bandar besar dengan sasaran mereka kerajaan Presiden Mohamed Mursi yang mereka pilih sendiri.

Slogan ‘ubah’ di negara-negara Arab terbabit telah menjadi ‘sumpahan’ yang bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa tetapi juga menjahanamkan negara.

‘Ubah’ membayar harga yang mahal di bumi Arab dan musuh Islam melihat kejatuhan negara-negara besar Arab satu persatu di tangan rakyatnya sendiri bermula dengan kejatuhan Tunisia, Libya, kemudian Mesir dan kini Syria.

Apakah ‘ubah’ merupakan satu perjuangan atau satu bencana.

Namun ‘ubah’ kini seolah-olah menjadi satu trend di dunia Islam kerana penduduknya ingin melihat berlaku perubahan tetapi sebaliknya musibah yang menimpa dan yang mereka saksikan hanyalah perubahan yang merosakkan.

Apakah mungkin musuh Islam sengaja menyebarkan slogan ‘ubah’ dan menerapkannya dalam ideologi politik di negara-negara Islam sebagai senjata halus mereka untuk memusnahkan negara-negara Islam tanpa disedari.

Kini kita menyaksikan hampir kebanyakan konflik dan krisis di dunia, melanda negara-negara Islam.

Konflik bukan sahaja berlaku di bumi Palestin, tetapi juga di Iraq, Afghanistan, Pakistan, Kashmir, Xinjiang, Mali, Somalia dan banyak tempat lain.

Musuh-musuh Islam menerapkan slogan ‘ubah’ dalam sistem ekonomi, kewangan, politik, sosial dan agama di negara-negara Islam untuk menghancurkan negara-negara Islam dari dalam.

Apabila penduduk Islam tersedar semuanya sudah terlambat, semuanya sudah jahanam. Apakah situasi itu satu kebetulan atau ia dirancang.


Jika diteliti secara halus, perang saudara, konflik dan krisis yang berlaku di negara-negara Islam itu berpunca daripada perbezaan ideologi, fahaman politik dan pandangan hingga mewujudkan ketidakstabilan politik dan semua itu bermula dengan slogan ‘ubah’.

Selain itu, negara-negara yang terjebak dengan konflik dan krisis itu merupakan negara-negara miskin dan tidak mempunyai ekonomi yang kuat, menyebabkan kerajaan Islam menjadi tidak kuat dan tidak mampu melaksanakan pembangunan serta menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang baik untuk rakyat.

Keadaan itu menyebabkan berlaku pengangguran, kemiskinan dan rasuah dalam negara, sekali gus mewujudkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat untuk bangkit memberontak menyebabkan negara menjadi huru-hara dan akhirnya kerajaan yang ada tidak dapat melaksanakan pentadbiran untuk membawa pembangunan.

Musuh Islam memahami benar situasi itu dan mula merancang bagaimana untuk memusnahkan negara-negara Islam dengan menerapkan slogan ‘ubah’, kononnya bagi memperbaiki sistem yang rosak, korup dan jahat.

Ini menyebabkan slogan ‘ubah’ mudah meresap dan mempengaruhi rakyat di negara-negara terbabit dan pihak-pihak berkepentingan pula menggunakan kesempatan itu untuk ‘merampas kuasa’ kononnya atas dasar bagi membawa perubahan.

Musuh-musuh Islam mempunyai agenda tersembunyi dan halus menggunakan pemimpin-pemimpin politik yang rakus atau pemimpin-pemimpin itu tidak sedar mereka dipergunakan.

Apabila negara-negara Islam itu telah terjebak dengan krisis dan konflik, maka senanglah mereka menggunakan jarum halus untuk campur tangan dalam negara Islam, kononnya atas dasar untuk melindungi nyawa penduduk awam.

1 comments:

  • Anonymous says:
    May 4, 2013 at 9:44 PM

    zionis kepala kote ko...bangangnye melayu

share2