Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 2, 2013

DAP Berjaya Tarbiahkan PAS


Penceramah bebas, Rujhan Abdul Rahman yang lantang mengkritik pemerintahan Pas di Kelantan mengecam kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perbezaan lima peratus parti itu dengan DAP.

Menurutnya, ini kerana perbezaaan tersebut merupakan perkara paling besar apabila membabitkan soal mempertahankan Islam.

Bukan itu sahaja, beliau menegaskan perbezaan lima peratus itu juga melibatkan soal mempertahankan akidah serta memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam dan jelas keputusan tersebut menunjukkan Pas terpaksa tunduk dengan kehendak DAP.

Beliau yang sebelum ini berjaya mencetuskan satu fenomena melalui ceramah agamanya di Putrajaya baru-baru ini turut mengakui lebih malang lagi Pas yang sebelum ini cuba mentarbiah DAP terpaksa menerima hakikat bahawa parti tersebut sebenarnya yang berjaya ditarbiah oleh DAP.

"Inilah yang berlaku dalam Pas. Mereka gagal mentarbiah DAP sebaliknya DAP yang berjaya mentarbiah Pas. Sebab itu, Pas sanggup mengikut telunjuk DAP dengan menyatakan Pas dan DAP 95 peratus sama tanpa menyebut bakinya.

"Sedangkan kita tahu baki lima peratus itu adalah soal pokok dan soal dasar perjuangan Pas. Mereka telah lari daripada perjuangan asal. Matlamat Pas hanya satu sahaja iaitu mahu menguasai Putrajaya," kata tokoh agama itu.

Rujhan atau dikenali dengan Ustaz Rujhan, satu nama yang kurang dikenali umum sebelum ini tiba-tiba menjadi popular ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan Pas Kelantan menggunakan fakta-fakta yang bernas serta disokong oleh dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Hadis dalam satu ceramah di Putrajaya baru-baru ini.

Selain Rujhan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengadakan ceramah di lokasi yang sama. Yang hadir sama, calon BN bagi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Corak penyampaian ceramahnya yang begitu hebat dan bijak itu bukan sahaja menarik minat ribuan hadirin malah Dr. Mahathir turut tertarik mendengarnya sehingga tamat.

Video ceramah beliau yang dimuat naik di laman Youtube turut mendapat sambutan penonton.

Kata Rujhan, di peringkat ini menjadi tanggungjawabnya untuk turun ke bawah dan memberi kesedaran kepada semua umat Islam bagi menerangkan kepada rakyat mengenai kepincangan yang berlaku di dalam Pas.

"Kerja yang saya lakukan ini telah lama tetapi hanya di peringkat jajahan Pasir Puteh tetapi sekarang saya perlu keluar ke seluruh negara untuk menerangkan kepada rakyat siapa Pas sebenarnya,'' katanya.

Satu perkara yang amat penting lagi katanya, beliau perlu memberitahu rakyat mengenai fatwa-fatwa politik yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang jelas menyimpang daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Antaranya yang paling terbaru ialah solat orang UMNO tidak akan mendapat pahala. Siapa dia hendak tentukan mereka yang bersolat itu mendapat pahala atau tidak.

"Adakah solat orang Pas sahaja yang dapat pahala. Bagaimana pula dengan umat Islam di Pakistan, Arab Saudi dan negara-negara Islam lain, adakah solat mereka tidak dapat pahala kerana tidak masuk Pas?" ujarnya.

0 comments:

share2