1. Pakatan menang besar si Kuantan dan Inderamahkota. Mereka sapu bersih kerusi parlimen dan kerusi-kerusi dun juga kecuali dun Inderapura. Keputusan yang pihak pembangkang dan pengundi jangka dan kehendaki. Namun kita menunggu apakah perubahan baik yang akan rakyat dapati nanti. Apakah sepanjang penggal ini selama 5 tahun rakyat Kuantan hanya akan dihidangkan dengan demo-demo Fuziah semata-mata?
2. Kerajaan BN akan kotakan segala akujanjinya sewaktu berkempen dalam PRU13 lalu. Bagaimanapun rakyat akan juga menuntut manifesto Pakatan dan janji-janji wakil rakyat mereka yang terpilih dan mereka jangan mengelak dengan memberi sebarang alasan.
3. Penduduk Kuantan dan Inderamahkota wajar menuntut segala janji dalam manifesto pakatan oleh wakil rakyat yang mereka pilih dan wakil rakyat yang telah dipilih mestilah menunaikan segala janji-janjinya dulu. Adalah tidak wajar rakyat yang memilih wakil rakyat pembangkang tetapi kemudiannya menuntut janji itu kepada kerajaan BN pula.
4. Buat masa ini rakyat Kuantan wajar memohon pakir percuma diseluruh bandar Kuantan dari Yb. Fuziah, atau bolehlah membawa resit-resit pakir berkenaan untuk dituntut dari pejabat ahli parlimen Kuantan itu. Jangan hanya pandai berjanji tetapi tidak pandai dan bahkan mengelak untuk ditepati.
5. Wakil rakyat pakatan mesti tunai segala janji dalam manifesto mereka atau letak jawatan jika gagal melaksanakannya. Mereka jangan hanya pandai berjanji tetapi tidak mahu bertanggungjawab dan enggan melaksanakan tanggungjawab mereka selepas ini?
5. Wakil rakyat pakatan mesti tunai segala janji dalam manifesto mereka atau letak jawatan jika gagal melaksanakannya. Mereka jangan hanya pandai berjanji tetapi tidak mahu bertanggungjawab dan enggan melaksanakan tanggungjawab mereka selepas ini?
Tak sangka mentaliti org umno mcm blogger ini masih terkebelakang. Cuba bg pr menang seluruh phg mcm selangor, kelantan atau penang boleh lah cakap mcm tu, bodoh!