DSD Adnan Yaakob menang di Pelangai dan D' Sharkar menang di Lancang
1. Pahang berjaya mengekalkan kerajaan BN selepas PRU13 namun kehilangan lebih banyak kerusi dun berbanding terdahulu. 12 dun telah dapat dirampas oleh pembangkang dengan dikuasai oleh DAP 7 kerusi, Pas 3 kerusi dan PKR hanya mampu mendapat 2 sahaja.
2. 12 kerusi dun berkenaan adalah seperti berikut: 7 kerusi DAP adalah; N01 - Tanah Rata, N07 - Tras, N30 - Mentakab, N33 - Bilut, N34 -Ketari, N35 - Sabar dan N38 - Triang. Manakala 3 kerusi Pas pula adalah; N12 - Beserah, N15 - Tg. Lumpur dan N32 - Kuala Semantan. 2 kerusi yang diraih Pas adalah; N13 - Semambu dan N14 - Teruntum.
3. Bagaimanapun tokoh yang diharapkan dan dicanangkan akan jadi Menteri Besar apabila pembangkang memerintah iaitu Tn Ibharim Tn Man telah tewas kepada calon BN di dun Jengka buat kali ke-2. Ini bukan sahaja memunahkan harapan Pas dalam merampas Pahang bahkan memusnahkan karier politik Tn Ibharim sendiri yang sudah jelas ditolak oleh Pas apabila sebelum ini beliau gagal dalam perebutan jawatan diperingkat Pas pusat.
4. Keputusan penuh dun negeri Pahang boleh didapati di portal resmi SPR (Klik Sini)
Semoga Pahang dapat MB baru...