Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 15, 2013

Hanya Kawasan Sesuai Dibangunkan Ladang Rakyat


BENTONG - Kerajaan negeri akan meneliti jika masih terdapat tanah yang sesuai untuk dibangunkan sebagai ladang rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ramai penduduk keliru dan menganggap negeri ini masih mempunyai tanah yang luas dan boleh diagihkan kepada rakyat menerusi program tanah berkelompok seperti Felcra dan RISDA.

"Tanah di Pahang meliputi kawasan seluas 3.6 juta hektar dan sebahagian besarnya dimajukan dengan tanaman getah dan kelapa sawit.

"Baki yang tinggal kini tidak lagi sesuai untuk dimajukan kerana digazetkan sebagai kawasan hidupan liar, hutan simpan, rizab sungai dan kawasan tadahan air," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dividen Akhir Peserta Felcra peringkat negeri di Simpang Pelangai.

Dalam majlis itu, Felcra mengagihkan dividen sebanyak RM22 juta kepada 20,000 peserta dari seluruh negeri ini membabitkan kawasan tanah seluas 50,000 hektar.

Jelasnya, kawasan terbabit tidak boleh dimajukan kerana boleh mengganggu sistem ekologi dan jika mahu dibangunkan akan mendatangkan masalah seperti hakisan tanah serta gangguan sumber bekalan air.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri bersetuju meluluskan kawasan seluas 1,000 hektar tanah kepada Felcra Berhad untuk dibangunkan dengan projek komoditi pertanian seperti kelapa sawit dan getah.

0 comments:

share2