Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 8, 2013

Kaji Perluas Kampung Baharu Cina


Temerloh - Kerajaan Pahang akan mengkaji untuk membesarkan kampung-kampung baharu Cina di negeri ini yang kini sudah terlalu padat ekoran pertambahan penduduk.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, antara yang dipertimbangkan ialah Kampung Baharu Cina Temerloh, Triang, Bentong dan Raub yang kini sudah tidak mempunyai kawasan untuk membina rumah baharu.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus menyalurkan projek pembangunan yang mana sebahagian besar daripada 1,500 kampung baharu Cina telah menikmati projek pembanguan dan usaha itu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

"Bagi memastikan kesinambungan pembangunan itu, rakyat termasuk juga kaum Cina perlu mengekalkan keamanan, keharmonian dan perpaduan antara kaum dengan memastikan keselamatan negara terus dipelihara setiap masa.

"Kebebasan mengamalkan cara hidup, budaya, pendidikan dan bahasa yang dinikmati oleh kaum Cina, India dan kaum-kaum lain tidak terdapat di negara lain," katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Tionghua Temerloh yang dihadiri lebih 4,000 orang di padang Majlis Perbandaran Temerloh, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah, Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin dan ADUN Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong.

Adnan berkata, kerajaan turut memberikan bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil kerana memperakui bahasa dan pendidikan kedua-dua kaum tersebut amat penting bagi mereka.

"Kita bukan sahaja terkenal dengan rakyat hidup berharmoni dan bersatu padu, malah turut dikagumi bagi pengurusan ekonomi yang baik apabila mengekalkan pertumbuhan pada kadar enam peratus setahun dalam keadaan ekonomi dunia sekarang ini yang tidak menentu," ujarnya.

2 comments:

  • Anonymous says:
    April 8, 2013 at 2:35 PM

    elok la tu, bagi aje seluruh pahang tu kat cina............

  • Anonymous says:
    April 9, 2013 at 7:24 AM

    Ramai betul penyokong BN nak lari ke PR (kajian rambang tak formal) di Temerloh pahang. Terlalu kecewa dengan kegagalan BN tepati janji. Cth mudah, kata nak bawa IPTA dan MRSM, sampai ke sudah takder... Temerloh daerah tengah2 Pahang dan malaysia sepatutnya dah lama maju... Projek semua nak bagi ke Kuantan jer dan sedikit Pekan, rakyat pun muak! Elok jugak sokong PR kali ni, jangan rasa selesa sangat sampai tak buat pembaharuan dan kemajuan. Dah terlewat untuk sesama pemimpin bertelagah menuding jari siapa yang tak buat kerja. Tunggu hari mengundi, kekalahan BN di Temerloh pasti berpunca daripada kelalaian pemimpin!

share2