Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 6, 2013

BR1M: RAKYAT BUKA MATA RISAUKAN PEMBANGKANG...



Pembangkang kini masih lagi menjaja kononnya BR1M adalah rasuah untuk menarik pengundi. Sedangkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah sepanjang masa. Namun apa yang hairan ahli pembangkang turut hadir mengambil BR1M yang dianggap rasuah itu.  

Sepatutnya penerima BR1M yang dianggap seperti ‘haiwan’ termasuk ahli pembangkang membantah kenyataan yang diluahkan oleh Nik Aziz. Sesiapa sahaja yang layak berhak menerima BR1M namun ramai kecewa dengan sikap biadap mereka yang hadir memakai baju kuning BERSIH. Mereka yang muka tidak malu ini sepatutnya diberi ‘last’ sekali. Kita mendoakan agar terbuka hati mereka menyokong perjuangan Perdana Menteri membantu rakyat berbilang kaum berlandaskan semangat 1Malaysia.



Apa yang diberikan oleh kerajaan adalah untuk kesejahteraan rakyat. BR1M diberi tidak mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik. Pembangkang sebenarnya gusar kerana rakyat berbilang kaum sangat kagum dengan usaha murni PM membantu rakyat supaya boleh hidup dalam keadaan sejahtera aman dan selamat. Maka sebab itulah pembangkang mengeluarkan kenyataan merapu terhadap BR1M dan penerima BR1M itu sendiri.

Kini rakyat dapat menilai siapa sebenarnya yang menjuarai dalam membantu rakyat, Najib atau Anwar?. Sudah tentulah Najib, rakyat kagum dengan usaha gigih beliau membantu rakyat siang dan malam. Anwar hanya sekadar menabur air liur sahaja dengan menabur janji-janji manis yang belum tentu dapat ditunaikan.

0 comments:

share2