Pembangkang
kini masih lagi menjaja kononnya BR1M adalah rasuah untuk menarik pengundi. Sedangkan
bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah sepanjang masa. Namun apa yang
hairan ahli pembangkang turut hadir mengambil BR1M yang dianggap rasuah itu.
Sepatutnya
penerima BR1M yang dianggap seperti ‘haiwan’ termasuk ahli pembangkang membantah
kenyataan yang diluahkan oleh Nik Aziz. Sesiapa sahaja yang layak berhak
menerima BR1M namun ramai kecewa dengan sikap biadap mereka yang hadir memakai
baju kuning BERSIH. Mereka yang muka tidak malu ini sepatutnya diberi ‘last’
sekali. Kita mendoakan agar terbuka hati mereka menyokong perjuangan Perdana Menteri membantu rakyat berbilang kaum berlandaskan semangat 1Malaysia.
Apa yang
diberikan oleh kerajaan adalah untuk kesejahteraan rakyat. BR1M diberi tidak
mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik. Pembangkang sebenarnya gusar
kerana rakyat berbilang kaum sangat kagum dengan usaha murni PM membantu rakyat
supaya boleh hidup dalam keadaan sejahtera aman dan selamat. Maka sebab itulah pembangkang mengeluarkan kenyataan merapu terhadap BR1M dan penerima BR1M itu sendiri.
Kini
rakyat dapat menilai siapa sebenarnya yang menjuarai dalam membantu rakyat,
Najib atau Anwar?. Sudah tentulah Najib, rakyat kagum dengan usaha gigih beliau
membantu rakyat siang dan malam. Anwar hanya sekadar menabur air liur sahaja
dengan menabur janji-janji manis yang belum tentu dapat ditunaikan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor