Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 3, 2013

Pemimpin PAS Tidak Takut Mempermainkan Hukum Allah


Pada 7 April 1981, Abdul Hadi Awang belum bergelar Datuk lagi. Tetapi pada bulan dan tahun itu, beliau telah menjadi "Hero Kampung" kerana memberikan ucapan dalam kempen Pas di Kampung Banggol Peradong, Terengganu.

Ucapannya itu lain daripada yang lain kerana ia dijadikan amanat oleh ahli dan penyokong Pas sehingga kini. Walaupun sudah ada desakan supaya ditarik balik dan meminta maaf kepada mangsa-mangsa yang menerima dan memegang Amanat Haji Hadi itu, tetapi ia belum dikesali dan belum ditarik balik sehingga tanggal 31 Disember 2012.

Petikan atau sedutan daripada ucapan Abdul Hadi di kampung itu kemudiannya dicetak dan ditampalkan di markas-markas Pas dalam bentuk poster. Bahagian Penerangan Pas Kelantan mengedarkan amanat hero kampung itu dalam tulisan jawi dan disebarkan dalam kempen pilihan raya kecil di Selising, Kelantan pada 1983.

Versi tulisan rumi amanat itu diedarkan oleh Pas Pusat dan versi rumi dan jawi pula diedar oleh Pemuda Pas Pusat. Daripada pelbagai versi cetakan dan edaran amanat hero kampung ini menunjukkan ia dapat mempengaruhi orang Melayu beragama Islam supaya mengundi Pas dan menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Amanat Haji Hadi itu mengandungi gesaan dan hasutan melawan UMNO dan BN, dan menjanjikan ganjaran syahid dan syurga jika mati melawan UMNO dan BN. Ini kerana menentang atau melawan UMNO dan BN adalah satu jihad dan sesiapa yang mati dalam jihad itu adalah mati syahid dan sesiapa yang mati syahid dijanjikan syurga. Istilah-istilah jihad, syahid dan syurga ada dalam amanat pada 7 April 1981 itu.

Kini beberapa orang Pas yang berpegang dengan amanat itu telah berubah fikiran dan mendesak pemimpin Pas itu menarik balik amanatnya. Seorang bekas ahli Pas seumur hidup menulis buku berjudul Kafirkah Aku, dan seorang pengasas pondok di Tumpat Kelantan juga berubah fikiran walaupun telah lebih 30 tahun menyokong Pas.

Kenapa bekas ahli Pas menentang pemimpin Pas? Jawapannya, selama mereka menjadi ahli Pas, mereka tidak boleh menentang pemimpin parti itu kerana ada peraturan yang dikenakan kepada ahli Pas. Parti politik lain pun ada peraturan sedemikian untuk meletakkan kesetiaan ahli kepada parti dan taat kepada arahan pemimpin parti.

Cara sesebuah parti mengawal ahli-ahlinya supaya tidak menentang pemimpin parti ialah daripada dalam parti sendiri. Dari sudut ini, parti Pas mempunyai peraturan sekular sama seperti parti politik yang dilabel sekular oleh Pas. Tiada beza parti Islam dan parti sekular dalam menuntut ahli setia dan taat kepada pemimpin dan keputusan parti.

Petikan daripada Amanat Hadi Awang menyatakan sebab-sebab Pas menentang UMNO dan BN iaitu UMNO dan BN "mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, peraturan jahiliah". Kalau betul tiga sebab itu Pas menentang UMNO dan BN, kenapa menentang dengan cara atau pendekatan yang ditetapkan oleh "perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah"?

Wakil rakyat Pas menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen mengikut pendekatan "perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah" kerana dalam negara Islam impian Pas, tidak ada perlembagaan bertulis "Cuma ada Quran dan hadis dan tidak ada peraturan melainkan yang bersumberkan Quran dan hadis."

Semua wakil rakyat Pas di DUN dan Parlimen sejak 1957 mendapat elaun-elaun bulanan yang ditetapkan melalui "perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah". Tidak berdosakah wakil-wakil rakyat Pas mengambil elaun-elaun itu dan membelanjakan untuk makan minum sendiri dan tanggungannya sedangkan lidah atau mulut mereka menyatakan ia hasil daripada "perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah?"

Logiknya, dengan menentang UMNO dan BN melalui pilihan raya yang diadakan dari semasa ke semasa di Malaysia, maka Pas bersekongkol dengan "perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah" dalam persepsi dan pandangan pemimpin Pas.

Kalau Amanat Haji Hadi menuduh UMNO dan BN menegakkan "perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah" yang menentukan peraturan pilihan raya di Malaysia, maka Pas juga secara langsung sama sahaja dengan UMNO dan BN.

Dengan menggunakan petikan daripada Amanat Haji Hadi, Pas semestinya menentang DAP, PKR dan parti yang menyokong pakatan pembangkang kerana semua parti itu berjuang untuk menegakkan "perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah". Mereka memasuki parti politik untuk mendapat elaun bulanan yang disediakan oleh "perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah".

UMNO dan BN tidak berjuang untuk menegakkan perlembagaan penjajah tetapi Perlembagaan Malaysia yang merdeka daripada penjajah Inggeris sejak 31 Ogos 1957 bernama Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Perlembagaan Persekutuan Malaysia sejak 16 September 1963.

UMNO dan BN tidak menganggap untuk mengekalkan undang-undang kafir dan peraturan jahiliah. Cuma Pas yang beranggapan sedemikian terhadap UMNO dan BN supaya rakyat Malaysia mengundi calon Pas dan mereka mendapat elaun wakil rakyat sama seperti wakil rakyat lain dalam DUN dan Parlimen.

Kenapa Pas berpelukan dengan DAP, parti yang menentang penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di Malaysia? Apakah Amanat Haji Hadi membenarkannya kerana ia hanya menentang UMNO dan BN, tidak DAP pada 7 April 1981? Bukankah DAP, PKR dan parti lain yang menentang UMNO dan BN kerana para pemimpin mereka mahu menjadi wakil rakyat, mendapat kuasa dan elaun bulanan sebagai wakil rakyat dalam DUN dan Parlimen sama seperti Pas?

Semua parti politik itu menerima Perlembagaan Malaysia dan mereka berjuang mempertahankan Perlembagaan Malaysia yang dianggap "perlembagaan penjajah" dalam amanat hero kampung itu.

Undang-undang di Malaysia dianggap undang-undang kafir oleh Abdul Hadi. Peraturan di Malaysia dianggap peraturan jahiliah. Malang sekali pengucap amanat itu pernah menjadi Menteri Besar Terengganu dan masih menjadi wakil rakyat mengikut "perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah" di Malaysia ini.

Abdul Hadi berpendapat penulis buku, Kafirkah Aku tidak berilmu kerana dia seorang guru sekolah sahaja. Abdul Hadi pula berkelulusan lebih tinggi dan menjadi pemimpin parti politik yang mahu membawa manusia DAP dan PKR kepada jihad, syahid dan syurga.

Seorang bekas Setiausaha Agung Pas pernah menyatakan bahawa ketika dia dalam Pas, dia dianggap seorang alim dan berilmu tetapi apabila keluar daripada Pas maka dia dianggap jahil dan tidak berilmu. Adakah ilmu itu khusus untuk orang Pas dan jahil itu khusus untuk orang bukan Pas?

Kini Pas berjuang bersama DAP dan PKR menentang UMNO dan BN. Apakah perjuangan Pas bersama DAP dan PKR masih lagi jihad dan syahid? Apakah parti politik itu berideologi jihad dan mati syahid seperti ideologi impian Pas?

Satu tafsiran baru mengenai sebab munculnya istilah-istilah seperti "perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah" dalam Amanat Haji Hadi itu. Sebabnya boleh merujuk kepada pengalaman peribadi beliau sendiri. Pada peringkat awalnya Abdul Hadi belum menjadi hero kerana dia bekerja dengan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai seorang pegawai.

Beberapa tahun dia bekerja sebagai pegawai Kerajaan Negeri Terengganu, dia masih tidak dapat disahkan jawatannya kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Oleh kerana jawatannya tidak dapat disahkan statusnya, maka dia meninggalkan jawatan berkenaan dan menceburi aktif dalam politik Pas.

Adakah peraturan yang mensyaratkannya lulus peperiksaan tertentu untuk dapat disahkan jawatannya dianggap "perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah?"

Apakah kerana dia gagal lulus dalam peraturan itu, maka kegagalannya dinisbahkan kepada "perlembagaan penjajah, undang- undang kafir dan peraturan jahiliah?" Hanya Abdul Hadi boleh menyatakan sebab sebenar dia mengucapkan istilah "perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah" pada 7 April 1981.

Jelas, Amanat Haji Hadi bersebabkan politik dalam selimut agama Islam dengan menggunakan istilah-istilah iaitu jihad, syahid dan syurga dan istilah-istilah yang bertentangan dengan Islam iaitu perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliah.

1 comments:

  • Anonymous says:
    January 5, 2013 at 4:26 PM

    Kita lihat masih ada pemimpin PAS yg masih waras dan mampu utk melihat apa sebenarnya matlamat dan tujuan Guan Eng yg licik itu.

    Tetapi kalau kita masih mengaku kita orang Islam cuba tuan-tuan fikir baik-baik ye. Gereja Keristian semenjak dulu lagi mmg mengakui Tuhan mereka yg tak bernama tu ada anak namanya Jesus. Tak percaya tanyelah mana-mana paderi yg kau orang kenal. Bila Guan Eng mintak Kerajaan merestui pengunaannya bererti Tuhan yg tak bernama itu yg kini dikenali sebagai Allah dah ada anak pulak ? Apa macam tuan-tuan semua boleh bertenang ke ? Tak takut ke dgn dosa syirik ?

    Berbanding ustaz Nasharuddin, kita beras pelik dan tak faham macamana Nik Aziz yg pengikut PAS gelar tok guru itu boleh bersetuju dulu? Bila bab utk menafikan dia kirim Tuan Man pulak utk jadi juru cakap. Apakah dia tak kisah menganggap Allah kini ada anak setarap dgn manusia dan haiwan? Tak mengapa ke sbb agenda PAS yg paling penting orang Keristian suka dan mahu menyokong parti PAS nanti begitu? Dia tak tahu ke Allah sudah keluarkan amaran berikut lebih 1400 tahun dulu sebelum kita semua dilahirkan di dunia ini?

    Surah Mariam ayat
    19:89 Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!
    19:90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap
    19:91 Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.
    19:92 Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak.

    Mana lagi besar agak-agak tuan-tuan semua? Kerajaan BN ke, Nik Aziz PAS ke, Anwar Ibrahim PKR ke, Guan Eng DAP, Karpal Singh DAP ke atau Gereja katolik Malaysia ke zat Allah sendiri? Kalau anda rasa Allah memang Maha Besar patut kah kita tunduk dgn dgn permintaan mereka supaya pihak Gereja Katolik bolih guna nama Allah utk bible bahasa Melayu mereka? Fikir-fikir lah sebelum membuat kesilapan yg besar ye.

    Tidak keterlaluan rasanya kalau saya beritahu memberitahu menjelang PRU 13 ini, sebarang undi atau sokongan yg kita berikan kepada PAS, PKR dan kafir lahanat DAP bererti anda semua bersetuju dgn gereja Katolik Keristian bahawa Allah sudah ada anak sekarang dan namanya Jesus !!! Nauzubillah !!!

    Jangan kata tuan-tuan semua tidak ada orang yg memberi peringatan ye !!!

share2