Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 2, 2012

PERJUANGAN MURSYIDUL AM PAS........






1. Dugaan dan cubaan terhadap alim ulamak tentunya lebih kuat. Ulamak yang gagal hadapi cubaan Allah hanya layak dipanggil 'Ularmak' sahaja. Sebagai manusia biasa tidak mustahillah mereka juga kalah dan tunduk terhadap bisikan 'syaitan'. Orang yang nampaknya zuhud belum tentu hatinya dan perbuatannya juga bersih. Jika suatu ketika dulu 'Ayah Pin' terkenal dengan 'Kerajaan 'Langit'nya' Mursyidul Am juga terkenal dengan 'Kerajaan 'Bulan'nya' yang akan mengekalkan kuasanya sehingga akhir hayat.

2. Teringat saya apabila Nik Aziz meminta Tun Dr Mahathir untuk bersara dan berjanji beliau juga akan bersara jika Tun berbuat demikian. Namun akhirnya Nik Aziz tidak menepati janjinya sendiri. Janji seorang Ulamak atau janji Ularmak? Nik Aziz nampaknya memang berhasrat untuk kekal memerintah 'Kerajaan Bulan'nya sampai bila-bila. Tentu nanti beliau akan samakan dirinya dengan Rasulullah....tentu nanti kepimpinan Rasulullah akan dijadikan alasan, namun kenapa ketika Tun alasan sama tidak boleh diguna pakai?

3. Nik Aziz dan para pemuka Pas harus menjawab beberapa soalan yang rakyat inginkan jawapan. Pemilikan tanah peribadi adalah salah satu darinya. Kenapa pemimpin Pas lainnya diam? Bukankah perjuangan Pas sebenarnya semata-mata untuk diri dan kroninya sendiri? Rakyat Kelantan yang bermastautin di Pahang, jika merasakan pemerintahan Pas Kelantan lebih baik silakanlah berhijarah semula ke Kelantan dan berjuanglah untuk Pas Kelantan. Skandal Lembah Sireh, kenapa Pas masih membisu seribu bahasa?


0 comments:

share2