Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 18, 2012

Rumah PR1MA Akan Dibina Lebih Banyak Di Pahang


Kerajaan negeri akan membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana di bawah konsep rumah PR1MA (Program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia) Pahang bagi mengatasi masalah perumahan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pengangkutan negeri Datuk Ir Mohd Sofi Tan Sri Razak berkata kerajaan akan menyediakan kawasan tanah projek manakala pihak swasta pula digalakkan membina rumah dengan harga jualan bawah RM100,000.

Sebagai permulaan kerajaan dengan kerjasama swasta telah menyiapkan 100 unit rumah kos rendah dan sederhana di kawasan 20 hektar dekat Gambang. Sehingga kini kerajaan negeri menerima lebih 40,000 permohonan untuk rumah kos rendah dan sederhana.

"Sehubungan itu, kerajaan pada mesyuarat exco baru-baru ini meminta pejabat tanah dan daerah mengenal pasti kawasan yang sesuai di daerah masing-masing bagi membolehkan projek perumahan PR1MA Pahang itu dilaksanakan secepat mungkin," katanya.

0 comments:

share2