Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 25, 2012

Pembangkang Hanya Mahu Hancurkan Perpaduan Rakyat





Cameron Highland - Masyarakat di daerah ini terutama penduduk Orang Asli diminta tidak terpengaruh dengan pembangkang yang mensensasikan sesuatu isu sehingga mengganggu usaha pembangunan di kawasan itu.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, mereka sering memainkan isu mengenai kelembapan pembangunan infrastruktur di samping menuduh kelemahan pemimpin setempat yang boleh membawa perpecahan di kalangan penduduk minoriti berkenaan.

Tambahnya, dakyah tersebut sekali gus memperlekeh kerajaan negeri yang kini berusaha memajukan luar bandar dan perubahan hidup Orang Asli khususnya menerusi sektor ekonomi serta pendidikan.

"Sikap gemar mencari kesilapan kerajaan negeri dan pemimpin setempat sememangnya strategi pihak tertentu yang keluar masuk ke kampung Orang Asli untuk memancing pengaruh demi kepentingan politik mereka.

"Tujuannya adalah mahu memecahbelahkan perpaduan tetapi tidak satu pun (pembangunan) yang mereka boleh laksanakan di sini," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan pendidikan Yayasan Pahang dan program kebersihan dan keceriaan, di Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Asli Pos Lenjang, Hulu Jelai dekat sini kelmarin.

Wan Rosdy yang juga Ketua UMNO Cameron Highlands berkata, kerajaan negeri sentiasa bertanggungjawab terhadap pembangunan di pedalaman tanpa perlu campur tangan pihak yang mencari kepentingan peribadi.

Justeru, katanya, golongan itu sewajarnya tidak terpengaruh dengan dakyah berkenaan sebaliknya menguatkan tekad dan iltizam untuk memberi sokongan padu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Ada pihak tertentu yang menjalankan kegiatan menghasut penduduk di sini terutamanya masyarakat Orang Asli supaya membenci kerajaan dengan mengumpan barangan makanan dan sedikit wang.

"Jangan pakai cakap dan provokasi pihak berkenaan. Jika timbul keraguan perlu dirujuk kepada tok batin, penghulu, pemaju masyarakat dan wakil rakyat masing-masing," katanya.

Beliau menjelaskan, sehingga kini kerajaan negeri menumpukan projek infrastruktur jalan raya di Pos Lenjang, Pos Senderut, Pos Titom termasuk pembiayaan pembangunan pendidikan membabitkan kos sebanyak RM100 juta.

0 comments:

share2